click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Friday, March 1, 2013

Jom Berubah!

Assalamualaikum.. Maaf! Terlalu lama menyepi disini.. Pelbagai aktiviti dan kekangan yang dihadapi menyebabkan aktiviti berblogging menjadi sangat terhad.. Semester kedua hampir berakhir.. Lebih kurang seminggu lagi Final Exam.. Hmm Doakan saya dan kawan-kawan ye semua.. Sekejap sangat masa berlalu, semester depan dah masuk Tahun 2, dan boleh dianggap senior nanti.. Cehhh! hihi Hampir 9bulan berada di negeri orang ini, banyak asam garam yang telah saya ceduk disini.. Yang paling saya suka berada disini, banyak sangat majlis ilmu yang dianjurkan dikawasan Kuala Lumpur ini.. Cuma semua itu terletak pada diri sendiri, sama ada mahu pergi atau tak je.. Ya! Bukan senang untuk kita berubah ke arah kebaikan, pasti kita akan selalu diuji olehNya untuk melihat sejauh mana kesungguhan kita..


Bertuahlah bagi setiap insan yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.. Beruntunglah bagi para wanita yang sentiasa untuk menjadikan dirinya lebih solehah..
Terkadang kita lupa, lupa bahawa dunia ini bukan milik kita tetapi ada Pencipta yang Maha Agung Allah s.w.t. yang memiliki sekalian alam.. Subhana Allah! Namun kita sering alpa dengan keseronokan dunia dan lupa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.. Saya merasakan bahawa saya seorang yang sangat rugi kerana tidak sedar akan semua ini.. Astagfirullah! *menyesal* Kini saya sedar, ada yang perlu saya teruskan, ada pulak yang perlu saya jauhi.. Memohon pada Allah semoga "aku" masih berkesempatan untuk bertaubat dan sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri yang sangat jahil ini.. -.-

Saya ingin berkongsi sedikit tentang tarbiyah kepada semua.. Mungkin ada yang masih belum tahu tentang tarbiyah ini secara lebih halus dan terperinci..


" Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah "

Pahami ayat ini sedalam-dalamnya, pasti akan membawa saya kepada pelbagai memori lama itu..


Bagaimana "aku" tersadung dengan jalan tarbiyah?
Bagaimana "aku" mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah?
Bagaimana "aku" mula meninggalkan karat-karat Jahiliyyah?

Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadikan daya tolak untuk "kita" terus melangkah.. Kita masih dan tetap melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah.. Tapi kita masih melangkah kerana kecintaan kita, kesyukuran kita dengan jalan yang telah mengubah hidup kita dari segala aspek sama ada luaran dan dalaman.. Tidak kira fizikal, ruhiyyah dan jasad.. Begitulah tarbiyah sangat penting dan mengajar kita untuk membentuk manusia biasa menjadi luar biasa.. Ujian juga adalah tarbiyah daripada Allah.. Adakah kita akan sabar atau sebaliknya? Kesenangan itu akan datang selepas kesusahan.. Semuanya adalah nikmat dan kasih daripada Allah..

Muslim/Muslimah yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki diri agar sentiasa berani berhadapan dengan manusia lain.. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga.. Saya cuba berkongsi sifat-sifat yang perlu ada semasa mentarbiyah diri ataupun 10Muwasafat Tarbiyah ;


1) Sihat Tubuh Badan
    - Dakwah merupakan tanggungjawab dan tugas, ia memerlukan badan yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan rohani
    - Rasulullah menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan..
    - Pesan Hasan Al Banna - memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan/meminum suatu yang merosakkan diri..
2) Akhlak yang mantap

3) Ilmu Pengetahuan
    - Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menyampaikan kepada orang lain..
4) Sentiasa berusaha
5) Aqidah yang sejahtera
    - Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan baginda Muhammad S.A.W. sebagai nabi..
    - Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa
6) Ibadah yang shahih
    - Melakukan ibadah untuk meninggikan roh dan jiwa
    - Memperbanyakkan amalan sunat
7) Mampu melawan nafsu
    - Perkara ini adalah yang paling sukar untuk dilakukan
    - Memerlukan keazaman yang kuat untuk menundukkan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam
8) Sangat menjaga masa !
    - Sentiasa menepati masa, perkara ini adalah sangat penting.. Kerana dalam 24jam kita adalah kita menggunakan sebaik-baiknya ? Adakah masa kita lebih banyak terisi dengan Allah atau dengan melakukan perkara-perkara lagha ? Astagfirullah!
9) Tersusun urusannya
    - Mungkin kita terlalu sibuk dengan belajar, menghadiri kuliah dan sebagainya tetapi cubalah urusankan masa dengan sebaik-baiknya. urusan yang tersusun adalah satu tarbiyah dalam diri..
    - Menyerlahkan lagi Imej Islam.. " Islam mengajar kita untuk sentiasa kemas dan tersusun dalam setiap urusan
10) Bermanfaat kepada orang lain
      kadang kala kita sering terfikir adakah kehadiran kita ini memberi manfaat kepada orang lain
        kadang kala kita hampir tidak sedar banyak ilmu yang kita telah cuba sampaikan pada orang lain secara sedikit-sedikit
        kadang kala kita terlupa yang kita banyak memberi teman disisi tersenyum dan ketawa dengan telatah kita..
        kadang kala kita tidak sedar yang kita ini diperlukan..
tapi tak ingat, lupa , tak sedar semua itu tak penting.. 
Yang penting kita perlu menghadirkan diri dalam setiap perkara dan memberi manfaat kepada orang lain terutama dalam memperjuangkan kalimah Lailahaillah !
Wallaullam..

Saya berharap perkongsian yang sedikit ini memberi keinsafan dalam diri masing-masing untuk menyedari hakikat tarbiyah itu sangat penting dalam diri bagi mereka yang sedang ingin berubah.. Jika dihina, dicaci, dikutuk akan perubahan itu, maka bangun dan bangunlah.. Percayalah yang kalian tidak pernah keseorangan kerana Allah sentiasa bersamamu dan Allah akan sentiasa menghadirkan seseorang yang baik kepadamu untuk bersama-sama meneruskan jihad kamu.. InsyaAllah!

p/s : terima kasih kepada Kakak-kakak usrah dan sahabat-sahabat yang sentiasa sudi bersama-sama saya dan terus menyalurkan semangat dan berkongsi ilmu sikit demi sikit dari hari ke hari.. Syukran jazilan ya ukhti :') May our ukhwah be last fovever.. Ameen!
Assalamualaikum.. 

Thursday, December 6, 2012

Selamat Datang ke JOHOR :)

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat Datang ke Johor kepada Encik Hafis Hasan dan Nur Syahidah Nazaruddin :D
dan
Selamat Pengantin Baru kepada Abang Long saya.. Mohd Roslan dan kakak Ipar saya,  Salsiah..
okay, mari saya ceritakan 3Hari 2Malam mereka dirumah saya.. hehe :'D
Firstyly, Terima Kasih kepada mereka sebab sudi bertadang ke teratak saya.. hihi :')
Saya taktahu nak cerita macam ne sebenarnya..
Hmm biarlah gambar yang menafsirkan segala-galanya :')





Terima Kasih sebab sudi teman ummi balik johor dan Minta Maaf diatas segala kekurangan sepanjang kalian di rumah saya :')
Yes ! Yes ! Hafis nampak gemuk time ni.. haha :DD

Dia gemuk Dia nakal Dia suka ejek saya Dia gediks Dialah jantung hati saya.. *klon saya masa kecik :')*

My toiletmates, my hearts, my sweeties, my bestfriends, my family's members and I hope they know.. In shaa Allah, anything happen I will stay with you sayang :D
Apapun yang terjadi, saya mahu sentiasa berada disampingnya.. Menemaninya selalu.. Ingin selalu berada dalam dakapannya.. Tanpanya saya mungkin tidak mampu untuk berdiri dan bertahan sehingga hari ini.. Kasih sayangnya mengatasi segala-galanya di dunia ini.. Semoga Allah sentiasa melindunginya selalu.. Mak, I Love You :') Love you so much!!
Dear Encik Hafis, hoho :)
Saya taktahu nak cakap camne, terima kasih bebanyak sudi datang dan bertadang dirumah saya.. Saya minta maaf sangat diatas segala kekurangan yang ada sepanjang awak berada di Johor Bahru.. Bila saya teringat semua ini, saya macam tak percaya yang saya pernah bawa seorang kawan lelaki datang rumah dan bermalam di rumah saya.. haha :'D dan yang paling tak sangka, awak sudah mengenali semua ahli keluarga saya.. Keadaan rumah saya yang tidaklah seberapa dan Hubungan kekeluargaan keluarga saya tidaklah sebahagia keluarga orang lain tapi saya berharap awak selesa dengan kelakuan abang-abang dan saudara saya.. Saya harap awak tak serik untuk datang ke Johor lagi.. Pintu Rumah saya sentiasa terbuka untuk Awak :') Jujur saya kata, saya cemburu bila sejak balik UTM, Mak saya selalu sebut pasal awak.. Tanya macam-macam pasal awak.. Abang-abang saya pon selalu kirim salam dekat awak.. Sikap awak yang terbuka, ringan mulut dan suka tersenyum membuatkan keluarga saya senang akan kehadiran awak.. dan akhir sekali, saya berharap.. Apapun yang terjadi dalam hubungan persahabatan kita.. Ia tidak akan menjejaskan hubungan awak dengan keluarga saya.. Keluarga saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan awak ke teratak rumah kami lagi.. :') 
Jangan serik ye wak.. 
a part of me :)

Okaylah, sampai sini sahaja post saya untuk malam ini.. In shaa Allah, ada masa dan keizinan saya update lagi ye..
Selamat Malam semua..
Assalamualaikum w.b.t...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalammualaikum...
ya Allah, pantasnya waktu berlalu..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan usia kita untuk terus mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa :'D
Salam Maal Hijrah 1434H semua :')
Ya Allah, semarakkanlah semangat hijrah dalam diri ini.. Untukku berhijrah ke arah kebaikan sepertimana Engkau gerakkan hati NabiMu dan sahabat-sahabatnya.. Semoga diri ini terus istiqamah dalam melaksanakan sesuatu demi mengharap rahmat dan kasih Mu, ya Allah..
Ya Allah, hijrahkan hati, amalan dan fikiranku ke arah kebaikan..
Hijrahkanlah aku dari maksiat kepada taubat dan keinsafan..
Hijrahkanlah aku dari kufur untuk bersyukur..
Hijrahkanlah aku dari jahil kepada berilmu..
Hijrahkanlah aku daripada sifat mazmumah kepada sifat mahmudah mengikut petunjuk dan pimpinanMu ya Allah..
Aamiin ~
Kalau kita bekerja untuk mengejar pangkat, kita akan bergantung pada pangkat..
Kalau kita bersandar pada tiang, kita takut tiang itu akan jatuh..
tetapi jika kita bersandar pada Allah, insya Allah ! Allah sentiasa berada disisi..
Ayuh! Tambah Ilmu, Tingkat Iman, Reduce "Lagho", Activate Amal, Topup Pahala, Reload Taqwa :)
Mari kita tanam niat untuk dapatkan "husnol khatimah" :')
Jadikan tahun lepas sebagai pengajaran untuk kita hadapi tahun ini.. 
Pengalaman "disakiti", "dilukai", "didustai", "dicaci" sebagai 
penguat diri untuk terus bangkit dan berdiri lagi :')..
Maafkan saya jika saya pernah menyakiti hati sesiapa yang pernah saya kenali..
Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati..
ya Allah, aku mohon teruslah kuatkan hati ini.. agar tidak lemah dengan godaan duniawi :'(
"SENYUM lebih baik dari MENANGIS.. MEMBERI lebih baik dari MENGAMBIL..
SAYANG lebih baik daripada MEMBENCI.. NIKAH lebih baik daripada COUPLE.. Let's follow the way of Islam :')"
Biar mereka sibuk mencari CINTA asal kita sibuk REDHANYA :')
TAKE A NOTE!
Sekali lagi, Salam Maal Hijrah semua.. May Allah Bless Us with Love always :)
Assalamualaikum w.b.t..

Friday, August 3, 2012

Hey, I'm back again :D

Assalamualaikum.. hai blogger ! I'm super-duper sorry for my lack of updating my blog.. Woww it's been almost 2 months I never update my blog ! I've been busy with my classes , my tutorials, my assignment, my roommates.. eh ? hehe Well, since I started my diploma life.. I've really no time for blogging.. but still have time for facebooking and twitter.. hehe :D Urm.. at beginning was still quite free.. That's why after that become busy cause last minute study for all the tests.. OPSSS ! haha so tonight, I'm free to blogging :D Today is the 14th day for Ramadhan , but tonight is the 15th Ramadhan.. Alhamdulillah.. dah hampir setengah bulan kita berada di bulan Ramadhan.. Berpuasa di "perantauan" langsung tak terasa begitu cepat masa berlalu.. :') Pejam celik pejam celik tengok-tengok esok dah nak raya.. ya Allah, cepatnya Ramadhan dah nak tinggalkan kita :( ya Allah, jika ini Ramadhan terakhirku aku mohon Kau terimalah segala amalanku dibulan barakah ini :) 
Urmm, nak cerita apa ek ? Minggu ini saya ada dua test, Alhamdulillah dapat jawab cuma.... taktahu jawapan yang saya tulis tu menepati piawaian lecturer atau tidak.. HAHA entah ek.. soalan dia awesome gitu, memang soalan universiti ah.. erghh :3 Minta-minta, mendapat result yang terbaik dan tidak mengecewakan dan tidak kena "RE-TEST".. Amin~ 
Dalam hidup ini tak semua yang kita inginkan kita akan dapat, tapi Allah itu Maha Penyayang sebab Dia akan bagi apa yang kita perlukan :) 
Okay.. I think I have nothing to say anymore.. This post spent me the whole night.. This is why sometimes I'm really lazy to update my blog because it can take me whole day to update only 1post. hehehe ;p 
And I don't get why some people can everyday update their blog and still can do a lot of things.. My time is always shorter than people.. do you agree with me ? mwehehe ;D 
Again, I'm super-duper sorry ! Thank you all for continuing to follow me ! :D
I'm totally gonna try and not take so long to update blog again..
Salam Ramadhan yang ke LIMA BELAS dan Selamat Malam :)
Assalamualaikum w.b.t.. 

Wednesday, June 20, 2012

Sahabat baru :')

Assalamualaikum guys ! :D
Hai followers :D Hai sayang .. ehhh ;p 
Maafkan saya sebab dah lama sangat tak update sampai ramai yang dah rindu kan ? ehh poyonya.. haha ;p
Alhamdulillah, dah hampir tiga minggu lebih saya di UTM Kuala Lumpur.. Asam Garam Pahit Manis saya dah rasa di alam universiti.. dan yang paling indah sepanjang saya di sini adalah punya sebuah persahabatan yang cukup bermakna.. berkongsi suka rasa bersama teman sebilik, setidur, sekatil, sekelas, sekepala dan segalanya.. ehhh ;p hehe 
Walaupun baru tiga minggu saya disini , saya rasa dah lama saya kenal mereka.. walaupun saya kehilangan hi5 yang dah berjauhan daripada saya rupanya Allah anugerahkan mereka sebagai galang gantinya :')

Saya berterima kasih sangat pada korang sebab korang penghibur duniaku dengan kenakalan kita bersama.. 
Bersama-sama mencoret kehidupan seharian kita.. dan saya bersyukur dapat sahabat yang baik dan tahu membezakan keburukan dan kebaikan.. Saya bersyukur sebab korang membantu saya bila saya ada masalah.. Walaupon kadang-kadang saya malu nak beritahu sebab biasalah saya ini suka menyimpan rahsia.. tapi korang sentiasa ikhlas nak tahu.. Terima Kasih sahabatku.. Dengan adanya kita bersahabat, kita saling lah bertegur antara satu sama lain erkk.. 
Terima Kasih untuk Kak Nurul Izzati :D 
merangkap Kak Long untuk kami semua.. saya takde kakak, so saya gembira sangat dapat seorang akak macam akak.. heee :D sporting, cool, best.. Even setahun je lagi kitorang semua dapat rapat , dapat lepak setiap malam sesama dengan akak.. Saya harap perkenalan ini takkan bertahan hanya untuk setahun je.. Kitorang tetap nak jadi adik-adik akak sampai bila-bila.. Nak jadi kawan akak.. jangan lupa kitorang tau kak :') kitorang taktahu nak balas jasa akak macamane.. We Love Youuu kak zati..
Untuk Syahidah, Fadhilah, Izzati dan Erra.. 
Terima Kasih tau.. err err cuma nak cakap.. I Love You korang.. :')
okay lah.. itu je kot yang mampu saya kongsikan untuk semua pembaca blog ini.. 
Assalamualaikum..

Tuesday, June 5, 2012

Kehidupan Mahasiswi :'D

Assalammualaikum... Hai orang JB ! Sihat tak ??? Rindu saya tak ? hihi
Alhamdulillah dah hampir seminggu saya dekat bandar metropolitan ini.. Macam-macam saya dah hadapi kat sini.. Banyak sangat benda baru saya dapat timba kat sini.. Dapat jumpa kawan-kawan baru dari seluruh negeri.. Dapat belajar hidup berdikari.. urmm, Jom saya kenalkan kehidupan baru saya disini :D 
Hari pertama, 27 Mei 2012..
Hari pertama jejak kaki ke kampus UTM,KL.. Ya Allah ! rasa terlalu kerdil je masa tu.. kiri kanan budak-budak pandai je.. bila tanya "berapa result??" "8A" "7A" "9A" WHAT !! Rasa macam salah masuk universiti pon ada.. Apapun bersyukur sangat kehadrat Illahi kerana saya terpilih antara beratus-ratus ribu pelajar yang mohon UPU hanya beribu pelajar sahaja yang terpilih masuk universiti.. *sujud syukur :')
Lepas je pergi daftar tu, terus dapat kunci bilik.. dan terus jumpa roommate baru.. yang tak pernah langsung saya jumpa dorang sebelum ini.. saya sebilik 3orang.. so saya ada roommates dua orang ahh.. sorang asal dari Kulaijaya, Johor dan sorang lagi asal dari Bandar Baru Bangi, Selangor.. Alhamdulillah, walaupon kitorang baru jumpa.. tapi kitorang kamcing awww.. Boleh toleransi antara satu sama lain tu pon dah cukup..
Syida , Fazilah, Fadhilah :D
Hari Kedua..
Memang penat ! penat sangat ! Bila dapat tidur 3jam je malam semalamnya.. Sebab ada program Minggu Transformasi Mahasiswa selama dua minggu.. program ini bertujuan untuk buang sikap Budak Sekolah dalam diri bakal mahasiswa/mahasiswi baru.. Kehidupan pelajar sekolah dan pelajar universiti memang jauh beza sangat.. Bila kaki kita dah jejak kaki ke Universiti mesti semua ada matlamat dan misi masing-masing kan ? Ada ke orang yang dah masuk u pastu nak hampakan harapan ibubapa kita yang kat kampung tu ? Mesti takde kan.. Mesti semua nak berjaya kan, nak dapat pointer 3.8 ke atas kan , nak dapat Anugerah Dekan kan kan ? Itu juga salah satu impian saya.. Taksanggup rasanya nak hampakan harapan Mak Abah yang jauh kat JB tu.. walaupon jauh, insya Allah mereka tetap dihati sebagai penguat bila saya rasa diri saya keseorangan kat sini.. rindunyaaaaaa kat JB !!! :'(
Hari Ketiga.. 
Kad Matrik saya ;p
Hari-hari ada taklimat.. dan hari-hari juga saya tertidur kat Dewan Besar.. HIHIHIHI xD Ngantok wehhh ! pastu dengan taklimat itu taklimat ini.. Memang tersenguk-senguk ar time Prof. , Dr, dan abang" atau kakak" fasi berucap.. Sorry ye, tak sengaja pon nak tertidur.. hihi :D Seriously, kehidupan sebagai seorang mahasiswa bukannya mudah tau.. sikap yang paling penting yang perlu ada pada diri bakal mahasiswa ialah kena pandai managekan masa dengan sebaik-baiknya.. sebab semuanya kat sini korang buat sendiri tauuu.. dari basuh baju, makan, jemur kain, angkat kain, lipat kain.. mana lagi dengan belajar, kuliah, persatuan dan lain-lain.. Penat memang takyah cakaplah macam mana penatnya.. Apapun kena kuat semangat ! Takleh cepat give up k.. jika sabar dan usaha kawan kita, pasti kejayaan milik kita.. Insya Allah!
Hari Keempat..
Hari ini dah rasa kerinduan sangat kat Mak :') Seriyes wehh tak pernah berjauhan dengan Mak macam ini sekali.. orang-orang kat rumah ramai dah rindu masakan saya.. cehhh ! :') betullah orang kata, bila orang tu dah takde kat sisi kita barulah kita nak hargai dan kenang kan ? Semoga diri ini terus tabah menempuh apa yang berlaku di bumi UTM ini.. :') insya Allah, Allah are always besides me..
Hari Kelima..
Hari ini best sebab ada Karnival Sukan so saya masuk Bola Jaring tauuu ! believe me or not ? ;p haha Rasanya last masuk pertandingan bola jaring masa darjah 4/5 kot.. ==' Walaupon tak menang ;p tapi saya seronok dapat main bola jaring dengan dorang.. rasa macam dah lama je kenal ngan dorang ni :')
Dorang ini geng saya.. :D
Dari kiri : Eya, Syida, Sara, Izzati, Fazilah, Fadhilah
Hari Keenam..
Hari ini ada Majlis Perasmian bangunan MJIIT oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.. Pergh ! First time tu jumpa PM depan mata, hehe *jakun
kitorang jadi penyambut tetamu ahh.. ada yang kena pegang bendera Jepun dan bendera Malaysia.. sebab bangunan ini didirikan atas kerjasama Malaysia dan Jepun.. dan nama bangunan ini pon ialah Malaysia-Japan International Institute of Technology.. pastu sebelah malamnya kitorang ada Malam Kebudayaan/Malam Bakat Siswa.. Banyak-banyak program yang mereka anjurkan, Malam Kebudayaan inilah yang paling best ! sebab ada mahasiswa baru yang buat persembahan, pastu yang lagi best bila senior-senior atau fasilitator buat persembahan.. memang best giler ahh ! rasa macam kitorang semua ini SATU KELUARGA BESAR.. mesti rindu giler moments ini semua.. :') 
Hari Ketujuh..
Hari ini ada gotong royong.. so saya diberi tugas mengecat Surau kat Kediaman Siswa Jaya.. Ingatkan senang je mengecat ini, ingat baju tak kotor sangat lah.. tapi......... habis baju UTM dan seluar baru saya kena cat :/ Alahai takpelah, itu juga salah satu amal untuk saham akhirat kita nanti kan kan ? :) 
so lepas gotong-royong , kitorang freeeeee sampai hari ahad :DD Saya basuh baju-baju kotor sikit-sikit pastu malamnya qada' tidur sampai esoknya.. *lagi-lagi tengah ABC, nikmat habis tidur ;p hehe.. Esoknya saya pergi Berjaya Times Square.. Kerja gile kot baru seminggu kat KL dah berani jenjalan.. huhu tapi apa boleh buat, keluar pon sebab nak betulkan speck yang dah patah tu :( dan buat speck baru sekali.. Mana boleh wehh takde speck, huhu 
Jika mahu tahu perasaan saya sekarang.. sumpah ! saya rindu sangat "student's school life" saya.. Rindu dekat Family, Cikgu-cikgu TSNI yang memang Awesome!, Hi-5(Ayu, Hajar, Susiana,Chela) rindunyaaaa nak jumpa korang :(, rindu my superbgirlfrieds (Zee, Amal, Diana, Jue, Suhana,Hana, Norain, Farah), adik-adik juniorku (Nabilah Rahim, Adda, Shazril, Amira, Zuhaira, Ieka, Murni, Ayuha dan ramai lagi) rindu nak usik-usik korang ahhh :'), jiran-jiran dan semua yang ada JB ahh.. rindu sangat ! Jangan Lupa Saya kat sini ekk.. and I am so sorry sebab takdapat nak texting sangat masa First Week sebab masa tu memang heavy gila aktivitinya.. Sorry ek pada sesape yang ada meseg saya tu.. Muah Muah, Sayang korang :')
Selama seminggu saya kat sini, Alhamdulillah semuanya okay je.. selagi saya mampu bertahan, insya Allah saya akan terus kuat.. Salam Sayang dari saya untuk semua pembaca blog ini.. Byeeee :')
Assalammualaikum w.b.t..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...