click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Friday, March 1, 2013

Jom Berubah!

Assalamualaikum.. Maaf! Terlalu lama menyepi disini.. Pelbagai aktiviti dan kekangan yang dihadapi menyebabkan aktiviti berblogging menjadi sangat terhad.. Semester kedua hampir berakhir.. Lebih kurang seminggu lagi Final Exam.. Hmm Doakan saya dan kawan-kawan ye semua.. Sekejap sangat masa berlalu, semester depan dah masuk Tahun 2, dan boleh dianggap senior nanti.. Cehhh! hihi Hampir 9bulan berada di negeri orang ini, banyak asam garam yang telah saya ceduk disini.. Yang paling saya suka berada disini, banyak sangat majlis ilmu yang dianjurkan dikawasan Kuala Lumpur ini.. Cuma semua itu terletak pada diri sendiri, sama ada mahu pergi atau tak je.. Ya! Bukan senang untuk kita berubah ke arah kebaikan, pasti kita akan selalu diuji olehNya untuk melihat sejauh mana kesungguhan kita..


Bertuahlah bagi setiap insan yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya menjadi lebih baik.. Beruntunglah bagi para wanita yang sentiasa untuk menjadikan dirinya lebih solehah..
Terkadang kita lupa, lupa bahawa dunia ini bukan milik kita tetapi ada Pencipta yang Maha Agung Allah s.w.t. yang memiliki sekalian alam.. Subhana Allah! Namun kita sering alpa dengan keseronokan dunia dan lupa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya.. Saya merasakan bahawa saya seorang yang sangat rugi kerana tidak sedar akan semua ini.. Astagfirullah! *menyesal* Kini saya sedar, ada yang perlu saya teruskan, ada pulak yang perlu saya jauhi.. Memohon pada Allah semoga "aku" masih berkesempatan untuk bertaubat dan sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri yang sangat jahil ini.. -.-

Saya ingin berkongsi sedikit tentang tarbiyah kepada semua.. Mungkin ada yang masih belum tahu tentang tarbiyah ini secara lebih halus dan terperinci..


" Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah "

Pahami ayat ini sedalam-dalamnya, pasti akan membawa saya kepada pelbagai memori lama itu..


Bagaimana "aku" tersadung dengan jalan tarbiyah?
Bagaimana "aku" mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah?
Bagaimana "aku" mula meninggalkan karat-karat Jahiliyyah?

Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadikan daya tolak untuk "kita" terus melangkah.. Kita masih dan tetap melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah.. Tapi kita masih melangkah kerana kecintaan kita, kesyukuran kita dengan jalan yang telah mengubah hidup kita dari segala aspek sama ada luaran dan dalaman.. Tidak kira fizikal, ruhiyyah dan jasad.. Begitulah tarbiyah sangat penting dan mengajar kita untuk membentuk manusia biasa menjadi luar biasa.. Ujian juga adalah tarbiyah daripada Allah.. Adakah kita akan sabar atau sebaliknya? Kesenangan itu akan datang selepas kesusahan.. Semuanya adalah nikmat dan kasih daripada Allah..

Muslim/Muslimah yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki diri agar sentiasa berani berhadapan dengan manusia lain.. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga.. Saya cuba berkongsi sifat-sifat yang perlu ada semasa mentarbiyah diri ataupun 10Muwasafat Tarbiyah ;


1) Sihat Tubuh Badan
    - Dakwah merupakan tanggungjawab dan tugas, ia memerlukan badan yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan rohani
    - Rasulullah menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan..
    - Pesan Hasan Al Banna - memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan/meminum suatu yang merosakkan diri..
2) Akhlak yang mantap

3) Ilmu Pengetahuan
    - Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menyampaikan kepada orang lain..
4) Sentiasa berusaha
5) Aqidah yang sejahtera
    - Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan baginda Muhammad S.A.W. sebagai nabi..
    - Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa
6) Ibadah yang shahih
    - Melakukan ibadah untuk meninggikan roh dan jiwa
    - Memperbanyakkan amalan sunat
7) Mampu melawan nafsu
    - Perkara ini adalah yang paling sukar untuk dilakukan
    - Memerlukan keazaman yang kuat untuk menundukkan kehendak nafsu dan mengikut kehendak Islam
8) Sangat menjaga masa !
    - Sentiasa menepati masa, perkara ini adalah sangat penting.. Kerana dalam 24jam kita adalah kita menggunakan sebaik-baiknya ? Adakah masa kita lebih banyak terisi dengan Allah atau dengan melakukan perkara-perkara lagha ? Astagfirullah!
9) Tersusun urusannya
    - Mungkin kita terlalu sibuk dengan belajar, menghadiri kuliah dan sebagainya tetapi cubalah urusankan masa dengan sebaik-baiknya. urusan yang tersusun adalah satu tarbiyah dalam diri..
    - Menyerlahkan lagi Imej Islam.. " Islam mengajar kita untuk sentiasa kemas dan tersusun dalam setiap urusan
10) Bermanfaat kepada orang lain
      kadang kala kita sering terfikir adakah kehadiran kita ini memberi manfaat kepada orang lain
        kadang kala kita hampir tidak sedar banyak ilmu yang kita telah cuba sampaikan pada orang lain secara sedikit-sedikit
        kadang kala kita terlupa yang kita banyak memberi teman disisi tersenyum dan ketawa dengan telatah kita..
        kadang kala kita tidak sedar yang kita ini diperlukan..
tapi tak ingat, lupa , tak sedar semua itu tak penting.. 
Yang penting kita perlu menghadirkan diri dalam setiap perkara dan memberi manfaat kepada orang lain terutama dalam memperjuangkan kalimah Lailahaillah !
Wallaullam..

Saya berharap perkongsian yang sedikit ini memberi keinsafan dalam diri masing-masing untuk menyedari hakikat tarbiyah itu sangat penting dalam diri bagi mereka yang sedang ingin berubah.. Jika dihina, dicaci, dikutuk akan perubahan itu, maka bangun dan bangunlah.. Percayalah yang kalian tidak pernah keseorangan kerana Allah sentiasa bersamamu dan Allah akan sentiasa menghadirkan seseorang yang baik kepadamu untuk bersama-sama meneruskan jihad kamu.. InsyaAllah!

p/s : terima kasih kepada Kakak-kakak usrah dan sahabat-sahabat yang sentiasa sudi bersama-sama saya dan terus menyalurkan semangat dan berkongsi ilmu sikit demi sikit dari hari ke hari.. Syukran jazilan ya ukhti :') May our ukhwah be last fovever.. Ameen!
Assalamualaikum.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...