click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Monday, April 30, 2012

Politik ?

Assalammualaikum w.b.t.. 
hai kawan-kawan, cikgu-cikgu, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik dan semua peringkat umur yang sudah pandai ber"internet".. *cehh macam ramai je follower -_-
hari ini saya nak bercerita sikit tentang politik.. yes, saya tahu saya terlalu mentah untuk berbicara tentang ini.. tapi saya cuma mahu menyampaikan je pandangan saya tentang politik di Malaysia..
Bersih tu ialah sekumpulan NGO's yang menuntut pilihan raya yang ADIL, TELUS DAN BEBAS.. tapi adakah satu gimik atau perjuangan sebenar yang menuntut hak-hak pilihan raya yang adil ?
Okay, saya begitu tertarik tentang itu.. tapi bukan sebab perkauman, bukan juga menyebelahi mana-mana pihak, tapi agak terkilan kot dengan sikap segelintir masyarakat yang kadang-kadang "hanya melihat keburukan dari kebaikan".. Jangan kita membuta-tuli setiap berita yang kita terima.. Kaji ! Selidik ! Bertanya dahulu pada yang pakar.. Jika kita terima BULAT-BULAT kemudian terus sampaikan kepada orang lain pula, nanti tak pasal-pasal masuk dalam golongan yang Fasik pula.. Manusia kan dicipta dengan akal fikiran yang waras.. So agak mustahil untuk kita mengatakan pihak ini tidak benar , pihak sebelah sana pun tidak benar.. 
Jika Bersih dituduh ada agenda maka yang penentang Bersih pon ada juga agendanya tersendiri.. Bersih bukan alat pembangkang sebenarnya meskipun tidak dinafikan pembangkang mengalatkan bersih untuk kepentingan mereka.. dan lagipon bersih bukan menentang BN sebaliknya mahu mencuci SPR.. tahukan tentang 8TUNTUTAN BERSIH tu ? 
1. Bersihkan daftar pemilih 
2. Reformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Akses media bebas dan adil
5. Tempoh kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor 
Saya setuju dengan 8 tuntutan ini.. saya juga akui politik kan Malaysia semakin hari semakin kotor.. Patutlah ada perhimpunan Bersih ini, mereka nak menegakkan keadilan cuma.........
keadaan yang berlaku adalah amat mendukacitakan hati masyarakat yang cintakan keamanan..
Bagi saya, sokong mana bukanlah isu yang penting.. Apa yang penting jadilah manusia Islam yang waras dan marilah terus doakan Negara Malaysia dalam keadaan aman..
dan
Jika masih tidak pasti mana yang perlu di sokong atau masih keliru dengan keadaan politik.. berbaliklah pada ajaran Al-Quran dan Sunnah.. Kerana Al-Quran dan Hadis lah panduan hidup manusia kan ?
saya ada terbaca , Bersih bukan Haram.. dan kerajaan sudah bagi green light dekat Bersih cuma yang menjadikan keadaan huru-hara adalah tempat perhimpunan itu diadakan adalah tidak bersesuaian.. 
Tidak salah duduk bantah asalkan ia harmoni  dan sesuai dengan Ajaran Islam..
Ajaran Islam kan panduan hidup umat islam, lupakah kita ? lu pikirlah sendiri -_-
Jika kita kata Bersih itu Haram, kenapa konsert yang terpekik terlolong yang dihadiri ramai pengunjung terdiri lelaki dan perempuan yang bukan mahram boleh buat keadaan jalan raya menjadi sesak juga tu.. apa cerita ? Halal ke tu ? o.O *sorry jika kata-kata saya agak kasar..
So sesiapa yang taktahu dan cuma tengok sendiri apa yang berlaku.. kadangkala mata boleh silap melihat, telinga boleh silap mentafsir.. patutnya kita kena dengar, alami dan nilai :)
Maaf jika post ini menyentuh sensitiviti masyarakat.. 
Satu je saya minta, as a peaceful citizen of Malaysia.. I begging you.. tolonglah saya mahukan keamanan.. ya Allah, semoga perpaduan menjadi benteng pertahanan negara kami yang utama.. 
Last but not least, saya minta maaf jika ada keterlanjuran kata dalam post ini yang menyebabkan sesiapa terasa hati.. Saya tidak berani berkata lebih-lebih kerana saya juga seperti rakan-rakan saya yang lain seusia saya.. Masih mentah untuk memberi hujah tanpa selidik mana yang benar.. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua.. Insya Allah..
Assalamualaikum w.b.t... :)

2 comments:

mirfamirah said...

terima kasih untuk info ini.
Insya Allah, sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara kita :)

fazilah 94 said...

betul tu.. jom lah kita doakan agar segala yang berlaku ini menjadi iktibar utk kita smua.. semoga Mlaysia terus harmoni.. amin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...