click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Friday, March 16, 2012

Bingkisan untuk Adam :)

Assalamualaikum.. saya nak share something yang saya dapat dari "surf-surf" tadi..
"Adam, tolong kenalilah Hawa !"
Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman.. Teman jauh, mahu pun teman dekat.. Mukadimahnya esak tangis.. Puncanya pelbagai..
Lama aku diam.. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa.. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan..
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti..
Hawa itu kadang keliru.. Mahu terus membisu, bimbang disalah tafsir.. Mahu berlaku jujur, terpalit segan.. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari..
Hawa itu kadang cemburu.. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya keterbatasan mampu..
Hawa itu kadang buntu.. Mahu diceritakan , dia juga tidak tahu apa puncanya..
Itu kisah Hawa.. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya..
Aneh bukan ? Ya, kerana Hawa itu sifatnya aneh..
Lalu, harus bagaimanakah ?
pasti aku juga tidak punya jawapannya..

Hawa .. Hatinya sangat rapuh.. Jiwanya sangat sensitif.. Matanya mudah saja berkaca.. Kata mereka(orang lelaki) itu tanda LEMAH.. tapi aku rasa ia fitrah...
Bukan mereka mahu mengundang simpati , tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.. jangan sesekali terjemahkan itu sebagai KEKALAHAN.. Tidak sama sekali ! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka..
Adam..
Aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku (Hawa) juga tidak pernah mengerti..
Cukuplah agar engkau tahu.. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya.. Hati yang punya sarat perasaan.. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata-kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam..
Berhentilah :') Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang..
Harungilah sujudmu ketepian redhaNya.. Kirimlah untaian kata indah lewat doamu.. Moga hawa itu terus kuat !
Aku pernah jadi perempuan..
Aku pernah jadi gadis..
Aku pernah jadi wanita..
Kini, biar aku jadi muslimah..

Adam, mengertilah :')

Assalamualaikum..

p/s : semakin hari semakin TIDAK KERUAN.. ya Allah, betapa hebatnya getaran hatiku ini -_-

2 comments:

Anonymous said...

haih... udah2 lah dok pikir psl relationship... ade sebabnye knape orang tua2 dok larang bercinte.. chillax sudeyh ;-)

fazilah 94 said...

eh teacher ni.. saje nak kena wrestling ngan saya aww.. ehhehe.. takdelah teacher.. ingatkan diri, ingatkan teman2.. agar jgn terleka..cukupla sekali.. perit woo ! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...