click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Sunday, March 11, 2012

Buta, Bisu, Ketawa dan Menangis :')



Bila aku jalan orang kata aku buta..
Bila aku diam orang kata aku bisu..
Bila aku ketawa orang kata aku gila..
Bila aku menangis orang kata aku dah buang tabiat agaknya..

Tapi, aku memang buta..
Buta dari melihat harta dunia..
Buta dalam mencari cintaNya..
Buta demi mendapat keredhaanNya..
Buta sebab MENANGIS kerana dosaku padaNya..

Aku suka sangat ketawa..
Sebab ketawa pengubat hatiku yang lara..
Dengan ketawa aku menjadi gagah perkasa..
Dengan ketawa aku menutupi kesedihan dan buat orang bahagia..
Dengan ketawa aku dapat membuang segala amarahku pada manusia..

Tapi... 
Bila AKU MENANGIS..
Aku sedar taraf aku dimana..
Aku sedar aku hidup untuk siapa..
Aku sedar aku akan mati juga akhirnya..
dan aku sedar tempat kembaliku dekat kubur juga..
DANNN..
Aku sedar yang CINTA DUNIA tak akan kemana-mana :')

*nukilan ihsan dari http://www.iluvislam.com
p/s : Andai itu takdirnya :)

1 comment:

amanina subri said...

betul dunia ni ibarat mipi saje akhirat yang kekal abadi..selamt ukwah sesama bloger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...