click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Saturday, January 7, 2012

penat !

Assalamualaikum.. hello :) saya kembali untuk menceritakan detik-detik saya sepanjang bergelar seorang pekerja :P wahaha :D tension ! stress ! heart attack ! sakit tengkuk ! pening kepala ! semua saya rasa sepanjang 5hari bekerja di sini.. hari-hari boleh buat saya gila dengan melayan customer yang penuh dengan ragamnya, boss yang sentiasa mahu up to date, fail-fail yang sentiasa perlu dikemaskini, kena buka invois setiap kali barang keluar , kena check no.siri hampir 10 kali agar tidak tersilap taip dan BANYAKKKK lagiiii ! walaupon hanya duduk kat office , tak banyak bergerak ke sana ke mari tapi tugas saya sangat banyak.. kena ingat itu kena buat ini.. otak kena sentiasa berfungsi kalau tak memang jem ar.. Saya juga sedang mengelakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan saya mudah lupa macam asam dan organ dalaman binatang.. Demi kerjaya saya sanggup ketepikan semua tu tauuuu :(.. eccehhh ! kerjaya sehh :P tapi selama 5hari ni banyak sangat yang saya sudah pelajari.. macam mana nak jawab call dengan beretikanya.. macam mana nak guna komputer dengan lebih cekap.. nak susun resit-resit yang lepas dengan betul dan key in dalam komputer.. mula belajar bergaul dan bermesra dengan orang luar dan orang yang lebih tua daripada saya :) kat tempat kerja saya mostly ramai yang cina tapi semuanya okaylah cuma satu kakak ni lah dia macam berat mulut sikit nak ajar saya bila saya tak paham something tuuu.. tapi bukanlah Kak Zai yang saya cerita tempoh hari , Kak Zai peramah orangnya :) dia lah yang buat saya semakin hari semakin berkeyakinan diri untuk membuat satu keputusan.. Bila banyak sangat kerja, muka masing-masing akan tegang gila nanti bila dah settle semua baru bergema office tu bila kitorang ketawa.. HEHE :D nasib baik boss duduk kat office satu lagi, hihi.. urmm Company saya ada dua office, selang dua kedai lagi office boss saya tapi nama kedai dia lain sikit.. kedai yang itu bahagian jual aksesori kereta manakala kedai saya pula tempat repair alat elektronik dan barangan pioneer serta merupakan Sharp Centre.. kat kedai yang saya kerja ini hanya dua pekerja wanita je yang kena uruskan segala kat situ, techinician semua memang takdelah nak tolong kitorang settle kerja kitorang ni sebab dorang banyak barang yang kena repair.. so saya dan kak Zai akan membanting tenaga bersama-sama menguruskan semua tu.. tu yang kekadang macam orang tak betul je bila balik kerja.. banyak sangat nak ingat ! nasib baik sampai pukul 6 je bekerja kalau lah sampai malam, sumpah saya dah registar awal-awal masuk Tampoi.. hihi :) bila saya mula bekerja, baru saya sedar susah rupanya nak cari duit kan ? lebih-lebih zaman sekarang yang semakin hari semakin maju.. semua perkara perlukan duit.. saya lebih prefer untuk belajar kat sekolah berbanding berkerja *jika diberi pilihan ar ==' nasib baik saya pernah terlibat dalam kelab Tunas Bistari dan merupakan pelajar perakaunan.. kalau tak, memang Zero saya masa hari pertama kerja hari tu.. huhu.. Thank You So Much Tunas Bistari (Puan Norzehan dan Jcorp) dan Prinsip Akaun (Puan Noor Safina dan Cik Hamilah).. dua perkara ini lah yang banyak pengalaman darinya saya ambil dalam saya menimba pengalaman baru di tempat kerja saya.. 
ini meja saya dan Kak Zai :)
bersih tak meja saya ? haha memanglah tu masa nak balik.. =='
 Saya berharap saya mampu bertahan bekerja di sini selagi terdaya saya.. Insya Allah, saya sudah bersedia awal untuk terima amarah dan teguran daripada pihak atasan.. Sebab saya akui semua manusia buat silap, kita cuma mampu mengelaknya tapi segalanya di tanganNya.. doakan saya semoga saya terus kuat dan cekal menjadi seorang pekerja ye :')

Saya juga doakan yang terbaik untuk semua sahabat saya yang kebanyakkannya sudah melangkah ke alam pekerjaan.. Noridayu, Hajar, Susiana , Diana, Chela, Juliana , Farah, Fizee, Fatme dan ramai lagi.. Semoga korang terus tabah ye.. Jangan give up ! Chaiyok !

okay bye...Assalamualaikum !
Happy Sundayyyy ! lalalalala ~ :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...