click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Tuesday, January 3, 2012

first day I worked :)

Assalamualaikum.. hello semua :) 
Nak tahu macam mana hari pertama saya bekerja ?? saya yang tanpa sebarang pengalaman dan pengetahuan telah melangkah ke alam pekerjaan.. Ya Allah, memang tak sangka dalam usia yang baru nak mencecah 18tahun saya dah merasa pegang fail banyak-banyak, taip benda-benda ngarut kat komputer ==' , jumpa customer yang pelbagai kaum, jawab call daripada orang yang memang tak pernah jumpa dan kenal sebelum ini.. Yeah ! ia memang benda yang sangat baru untuk saya.. !
Pagi tadi masa nak pergi kerja memang nervous gila, lebih nervous daripada nak interview.. pelbagai anggapan kat pikiran dah melayang je tadi.. macam mana nak berhadapan dengan boss ? customer ? dan yang paling saya takut macam mana nak berhadapan dengan pekerja-pekerja lain ??? bagaimana reaksi diorang terhadap saya yang agak kurang cerdik dan cekap ni ??? memang dah takleh pikir apa-apa dah tadi.. takuttt sangat ! saya start kerja pukul 9:30pagi tapi tadi saya sampai pukul 9:00 pagi.. perghh ! Awal tauu..masa sampai pon ,office tu belum buka lagi.. dah jadi pak guard je selama 20 minit tadi.. tak lama lepas tu kak zai sampai.. kak zai dah dekat 8tahun kerja situ.. Alhamdulillah, kak zai tu okay.. nice ! peramah ! dia sentiasa bimbing saya dengan baik.. nasib baik ada kak zai, kalau tak jadi BEKU lah saya kat office tu..masuk office pastu punsh-card, kak zai tunjuk cara-cara nak check Invois, Cash bill dan bla bla bla.. saya mula slow-slow dulu.. check stok-stok yang dah siap technician repair pastu letak warranty kat monitor , laptop or bla bla bla tu.. buka Invois dan Cash bill baru kalau ada customer datang.. tulis kat lock book untuk check balik semula nanti.. ahhh banyak lah.. 
tension tak ? hehe :P
sampai waktu makan tengah hari terpaksa dikorbankan juga.. sempat gi toilet dan solat Zuhur je tadi.. makin petang makin banyak kerja nak kena buat.. tapi kak zai kata jangan push diri dik, buat slow-slow.. Terima Kasih kak zai.. :') urmm, masa tengah buat kerja tu boss masuk office.. perghh ! gelabah sehhh ! tapi Boss okaylah orangnya.. Handsome pon bolehlah., HAHA. dia tanya "okay tak u kerja ?".. saya jawab " okay boss, semua okay :) " balik tadi, memang penat.. tapi tak terasa sangatlah.. entahlah bila balik jumpa Mak Abah Abang-abang Kakak AnakSedara, hilang semua penat.. masa balik rumah semua tunggu saya untuk tanya pengalaman berkerja saya hari ini.. saya pon bercerita kat dorang.. :) siapapun saya nakal mana pon saya, saya bersyukur Keluarga Tersayang sentiasa dibelakang menjadi tulang belakang saya dan menyokong saya dalam apa jua keadaan :'D

tadi YPJ call bgtahu pasal kursus usahawan Tani.. adoiii ==' kenapa dia bgthu sekarang ? kenapa tak selepas saya jawab sains pertanian je hari tu ? ni sekarang bila orang dah mula nak belajar benda baru dia pon nak juga syorkan benda baru yang lain pulak.. adoiii .. memang keliruuu.. semoga ada pentunjuk untuk saya dan kawan-kawan yang lain untuk buat keputusan yang lebih tepat :)

Malam tadi mimpi jumpa banyak Lipan.. apakah petandanya itu ? huhu =='

Esok Sesi Persekolahan Penggal Pertama akan bermula, pada adik-adik , Selamat Bersekolah dan Selamat meniti usia kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.. Hargai usia remaja yang hanya sekali ada dalam hidup ini.. Belajar rajin-rajin ! jangan sibuk bercinta kalau diri sendiri masih tonggang langgang.. belajar dulu bahagiakan ibu bapa sebelum bahagiakan orang lain :) Pesanan ikhlas daripada C&C ........ ahaks :P 

Esok start kerja untuk hari yang kedua.. k lah beta nak beradu.. sebelum tu jom baca dulu doa ini bagi sesiapa yang bekerja esok :)
k Assalamualaikum !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...