click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Sunday, January 29, 2012

L I F E :)

Assalamualaikum.. anda apa khabar ? 


Syukur Alhamdulillah kita semua masih mampu berpijak dibumi ini lagi..masih mampu menghirup udara, melakukan aktiviti harian kita seperti biasa.. Syukur lah wahai manusia sekalian.. pernahkah kita berfikir bagaimana kita nak menghadapNya jika kita tidak membuat sebarang "persediaan" ? sudahkah kita lunaskan segala hutang piutang kita padaNya juga pada sekalian manusia ? sudahkah kita laksanakan segala perintahNya dengan sempurna ? kita tidak tahu bila kita akan pergi menghadapNya.. esok ke ? lusa ? atau minggu depan ? Wallahu'alam.. kita sering merungut dengan apa yang kita miliki tapi kita jarang bersyukur dengan apa yang kita telah perolehi ..Ya ! Manusia memang tidak terlepas daripada sifat lupa.. tetapi janganlah kita lupa untuk mengucapkan Terima Kasih pada Illahi :) Saya nak kongsikan satu doa yang perlu kita baca selepas setiap kali solat..

Bagi saya, hidup ini walaupun penuh dengan pancaroba, namun kadangkala tetap indah dan bermakna..Tetap sahaja manusia akan merasa bahagia walaupun kegembiraan dalam hidup itu hanya sementara..Saya sendiri, hampir 18 tahun yang lalu… Baru sahaja dilahirkan ke dunia ini.. Masih suci dan bersih ketika itu namun, kerana kelemahan saya sendiri, suci dan bersih itu kian "ternoda".. 
Dan apabila saya sudah dewasa seperti sekarang ini, pilihan untuk memilih jalan kebaikan dan jalan keburukan adalah ditangan saya.. Bukan lagi ditangan Mak dan Abah, cikgu-cikgu dan keluarga saya.. ia ditangan saya untuk saya tentukan apa yang terbaik untuk saya.. Ahhh ! mana satu menjadi pilihan? Sudah tentu saya akan cakap saya hendak pilih jalan kebaikan.. Sebab saya sebagai manusia tahu bahawa jalan kebaikan itu akan membawa kepada kebahagiaan dan keberkatan dariNya..

Indah bukan kehidupan kita ini ? kita berhak membuat pilihan kita sendiri..

Tetapi, MANUSIA SERING TERLUPA.. Kehidupan yang menanti kita selepas kehidupan di dunia ini lebih indah dan tiada pancaroba.. Anda mahu kehidupan seperti itu? SAYA PON MAHU ! Tetapi dengan syaratnya, manusia harus pandai membawa diri agar kehidupan yang dikurniakan ini menjadi RAHMAT dan bukannya LAKNAT !
Terasa masih banyak yang perlu diperbaiki untuk diri ini.. terasa seperti makin hari makin leka.. sedangkan sudah banyak peringatan yang Allah berikan.. insaflah wahai diri.. mudahan kita semua akan terus menjadi hambaNya yang istiqamah dan sentiasa dalam pimpinanNya.. 
Amin :)

baiklah itu je yang mampu saya kongsikan pada anda semua malam ini.. sebelum diri ini akan busy kembali dengan pelbagai komitmen, terimalah post ini sebagai tanda ingatan daripada saya buat blog tersayang saya ini :) muah muah ! doakan saya sentiasa tabah dengan kerja saya ye :')

Assalamualaikum w.b.t. :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...