click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Saturday, October 1, 2011

Apa korang buat sebelum tidur ?

Assalamualaikum..
Aku baru selesai update post pasal "sejuta harapan"..sekarang mahu update post yang baru..hihi..takpelah ekk ? korang tak kisah kan ? lagipon SPM lagi 43 hari..WHATTTT ! 43 HARI ! gila apa ? ni mesti salah countdown ni..jap jap aku check !................. checking................apa ? betullah SPM memang lagi 43 hari..apa aku patut buat ekk ? study ? tapi kejap-kejap..bagi aku lepaskan mood berblogging di sini boleh ?kejap je..nak cerita pasal "sebelum tidur"..ah ah ah ! mesti ada otak dah kelain tu..haha..sebelum tidur mestilah ada benda yang kita akan buat kan kan ? 
ha'ahh ! Apa korang buat sebelum tidur ye ?Buang air ?Gosok gigi ?Cuci muka ? Cium mummy dan daddy ?Mungkin ada yang berchatting dulu ? Ada juga yang bermain mesej ngan boyfriend / girlfriend masing-masing ye tak ? hihi :D bagi yang student pulak, ada Student pulak bermesej-mesejan dengan kengkawan tanya homework lah gosip lah dan apa-apalah,( *pelik kan budak sekolah zaman sekarang ni..dah jumpa kat sekolah kat rumah pon nak sms lagi..ish ish ish..termasuk aku lah tu..haha :D ) Ada yang tersengih sesorang macam kerang busuk..entah ape yang dia fikirkan aku pon tak tau..Ada yang baru nak berjinak bercinta..tengah mengayat awek/pakwe..sambil draf kata-kata atas kertas sebelum disampaikan melalui telefon..kihkihkih xD

Ada yang bergayut di telefon.. memintal-mintal hujung rambut atau tali seluar trek tak pun sambil berguling-guling macam nak rak keliling katil sambil peluk bantal busuk..itu kalau yang tengah hangat bercinta lah..kalau yang tengah bergaduh pulak.. mesti tengah peluk bantal busuk sambil menangis teresak-esak..sambil menatap gambar kan kan ? hihi Lagi HARU kalau yang buat macam tu si lelaki..Ayyiyyhh !..i binci taw !!

kalau Aku pulak ? biasalah rutin seorang pelajar lebih-lebih lagi nak periksa besar kan.. Aku selalunya sms dulu dengan ehem-ehem (eh ini penting ke sebelum tidur = ='), kemas buku, checking homework..then baring atas katil sambil study lah kononnya dan melayan si dia..aku ini kalau dah landing baik atas tilam memang terlelap lah jawabnya..kang esok pepagi bangun tengok handphone dah taip dah mesej yang nak dibalas tapi belum tekan button "send" je..entahlah ek, taip mesej boleh pulak tapi nak tekan button "send" mata boleh terus terlelap pulak..hihi..sorry ye Awak..takpasal-pasal ada orang merajuk..huhu

unsur 18sx :P So kalau yang dah married tu faham-faham saja la..Mahunya malam tu pulak sejuk, hujan.. perghh memang masyuk la kan kan? Adalah juga teman nak dibuat bantal peluk xP Mungkin inilah juga masa yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri membincangkan masalah, meluahkan perasaan, bertanyakan tentang kerja,anak-anak dan meluangkan masa bersama-sama..tak semua pasangan suami isteri dapat meluangkan masa bersama-sama kan ? memandangkan masing-masing busy dengan kerjaya dan urusan.. So sebelum tido gunakanlah peluang yang ada untuk merapatkan hubungan..dan menambahkan zuriat..Cheeeewah :D poyo gila gua berbicara bab-bab ni..macam ada pengalaman je..eh jangan salah paham ye..semua ini pon aku terbaca dalam paper..:P

So pada korang yang baru je nak landing baeeekkk atas katil..Aku ucapkan selamat malam..Goodnite..SleepTite :) dan jangan lupa baca doa ini dulu ;



 Semoga korang mendapat mimpi-mimpi yang indah..Jangan korang dapat mimpi basah malam ni sudahhh yee..hihi :D bye Alls..
Assalamualaikum :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...