click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Saturday, July 16, 2011

salam Nisfu Syaaban semua :)

Assalamualaikum w.b.t...
Semoga kalian semua sentiasa berada dibawah rahmat kasih sayang dan perlindungan Illahi :D
seperti sedia maklum..malam ini adalah malam 15 Syaaban..atau merupakan malam nisfu Syaaban..

Alhamdulillah..kali ini aku berpeluang meraikan malam nisfu Syaaban..dengan berpeluang mengalunkan bacaan ayat-ayat suci disamping melakukan solat sunat..syukur sangat :') dah dua tahun takdapat meraikannya seperti ini..huhu..
Malam Nisfu Syaaban adalah antara malam yg dikabulkan doa..memetik pendapat Imam Al-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.” :) 
so kalau siapa yang nak doa cepat kahwin tu..doalah malam ni..hikhik..apa lah kesitu plak aku ni..hehe..kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan yang besar example SPM,PMR dan lain-lain tu..doalah moga-moga diberi ketenangan semasa menjawab kertas peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang yang memBANGGAKAN buat orang-orang yang tersayang :) AMIN ~~~
hurm..so maknanya lagi 15 hari lah kita akan menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan iaitu penghulung segala bulan Islam :) Insya Allah ! mudah-mudahan aku dapat melaksanakan bulan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan amal soleh dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan sesuatu..:)
Semoga kalian sudah mula

update NIAT,upgrade AMALAN,upload USAHA,topup PAHALA dan deleting DOSA :)
okay..salam Nisfu Syaaban semua..kepada yang masih belum baca Yaasin tu..baca lah ye..besar ganjaran melakukannya pada malam ini tauu :) sekadar ingin mengingat-ingatkan kepada semua yang sudi membaca blog ini..kerana saya sayang anda semua so saya pon mahu anda semua sentiasa berpeluang merasai rahmatNya :)
Assalamualaikum w.b.t. :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...