click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah..terima kasih ustazah :')

Assalamualaikum w.b.t..
hai hai hai ..apa khabar semua ? heeee :D 
Alhamdulillah dapat juga hasrat aku nak update blog malam ini..huhu = ='
seperti pengetahuan semua, Ustazah Alizah sudah kembali ke tanah air dan SUDAH KEMBALI KE SEKOLAH..heee :D wahh rindu rindu rindu :') sepanjang ketiadaan ustazah kesana ,hati aku tak pernah berhenti berdoa agar segala urusan beribadah ustazah sekeluarga disana dipermudahkan Illahi :) risau sangat tauu..yelah ustazah beribu-ribu batu jauhnya..by the way, semuanya selamat dan ustzh pon dah mula menjalankan tugasnya kembali ke sekolah..dah mula nampak ustzh setiap pagi di Pintu Pagar SMKTSNI..*at least,lepaslah juga rindu ini..heee :D Sebelum aku mahu bercerita dengan lebih lanjut tentang kisah ini, aku mahu minta maaf kepada sesiapa yang membaca post ini ada terbit perasaan seperti terasa ke/kecik hati ke/cemburu ke/tak puas hati ke..I'm So Sorry..niat aku cuma mahu berkongsi serba sedikit tentang perasaan ini terhadap apa yang berlaku dalam perjalanan usia remajaku :)
baiklah saya mulakan cerita ye :) sabtu lepas, selepas aku dapat tahu ustazah dah mula berangkat pulang dari Tanah Suci aku pon meseg ustazah..tanya khabar..seriously, saya RINDU puan sangat time tuuu :') then ahad malam, baru ustazah balas..alhamdulillah semuanya selamat :) dan ustazah beritahu ada "ole-ole" sikit untuk aku..ya Allah ! ustazah,saya meseg bukan nak minta ole-ole ke apa cuma sebagai tanda ingatan yang diri ustazah sentiasa diingati :) 
dan part yg paling buat aku terharu sangat hingga air mata aku menitis bila ustazah beritahu "...sampai depan kaabah boleh teringatkan awak,sempatlah doakan kejayaan awak..minta dimakbul Allah.." ya Allah ! :'/ rasa terlalu besar sangat rahmat yang telah dikurniakan kepadaku ini..rasa terlalu dihargai..terima kasih, Puan..doa Puan untuk saya disana sudah terlalu cukup bagi diri ini :') benarlah orang kata..jika kita selalu ingat orang itu maka percayalah orang itu juga sedang mengingati dan merindui diri kita :) urmm, isnin hari itu ingat tak berpeluang jumpa ustazah tauu..huhu..alhamdulillah, lepas solat zuhur dan beli makanan untuk persediaan kelas tambahan BI pukul 3 petang..sempatlah juga jumpa ustazah..itu pon sekejap je..takdapat dengar cerita ustazah kat sana..huhu..cuma ustazah pesan " kalau ada rezeki nanti dan dah kerja nanti, pergi lah sana ajak family " :) insya Allah ustazah..semoga impian saya itu akan menjadi realiti tahun hadapan..Amin, semoga semua yang dirancang akan dipermudahkan Illahi :) 
ya Allah, izinkan aku menjejakkan kaki disini dan berpeluang menziarahi makam kekasihmu,  Rasulullah :')
urmm...saya nak ucapan Jutaan terima kasih kepada Ustazah Alizah diatas ole-ole dari Mekah itu..berapapun harganya ia tetap mempunyai nilai yang tinggi dimata saya..kerana ia adalah KENANGAN TERINDAHHH dalam hidup saya,ustazah :) 
ILY :)
Terlalu Bersyukur :') terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..dan Terima Kasih Puan Alizah yang terlalu baik pada diri ini selama hampir 4 tahun ini :')
baiklah ..itu sahaja coretan tentang kenangan terindah yang berlaku pada minggu ini...
Assalamualaikum w.b.t. :)

2 comments:

n.i.k said...

ee camne nak dptkan blog camni ;)
follow back dak bru ni http://mysyazwanie.blogspot.com hehe

fazilah 94 said...

blog macam saya ke ?
okayy..baiklah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...