click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Sunday, July 3, 2011

kisah seminggu aku :)

Assalamualaikum...jom ikuti kisah aku sepanjang seminggu ini :) disebalik kepahitan pasti terselit sebuah kebahagiaan untuk setiap hambaNya :)
27 Jun 2011 (Isnin)
~ masa waktu PJ, ain dan adah ajar permainan baru iaitu dodgeball..first time main permainan dodgeball ni tau..tahu tak permainan ini menyeronokkan :D :D :D nak tahu lebih lanjut ttg DODGEBALL ini ? sila ke blog cik AINARIF ..klik here :)
masa belajar Sn. Pert. kan, Cg Khairussalleh telah mengemukakan satu FAKTA ttg diriku..entahlah erk,taktahu adakah benar atau tidak tafsiran cikgu tentang FAKTA itu terhadap diriku..kalau aku sebegitu ,kenapa susah aku nak maafkan Mr. Az dan terima dia seperti dulu ?dan kenapa susah aku nak sayang Mr. Ms mcm dia sayang aku ?
28 Jun 2011 (Selasa)
~ selera makan aku hilang sekelip mata hari ini..tak pernah-pernah aku tak boleh habiskan Nasi Pattaya sepinggan..my favourite tu ! aduhaiii, perlu ke marah dan cemburu dekat budak tu ? sepatutnya perasaan tu takperlu ada..tanpa usul periksa dan mengetahui kebenaran yang sebenar kita tak patut lakukan sebegitu kan ? mungkin budak tu tak bersalah,atas komitmen kerja/tugas yang membuatkan mereka sering bersama ,,maybe :) aku tak patut marah seseorang tanpa tahu kebenaran yang sebenar kan..dan hanya termakan dengan godaan syaitan saja boleh melenyapkan kesejahteraan manusia sejagat kan ? 
"maaf ye dik..mungkin cara dan sikap kamu buat akak pandang kamu hanya dari segi luaran..dan hanya sekali memandang kelakuan kurang manis kamu tempoh hari membuatkan akak terus memandang negatif kepadamu tanpa mengenalimu dengan lebih dekat..akak tak kenal kamu maka akak taktahu cara dan sikap kamu yang sebenar kan ? so sorry..mudah-mudahan kamu tak sebegitu :) :) :)"~
29 Jun 2011 (Rabu)
~layanan dan perkhidmatan yang tidak sepatutnya telah aku berikan kepada dia..i'm so sorry..i didnt mean okay ! kejadian semalam buat saya marah / terkilan kepadamu..;/
SALAM ISRAK MIKRAJ :) Israk Mikraj adalah 1 peristiwa yg sgt luarbiasa yg telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dr Masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqsa diPalestine..Mikraj pula merujuk kpd perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa..Semua itu berlaku hanya dlm satu malam..nak tahu lebih lanjut ? klik here :)
30 Jun 2011 (Khamis)
~pepagi lagi dah kena panggilan "budak sombong" ! aishh..apalah malangnya nasibku pagi tu..langkah kanan ke kiri aku melangkah masuk sekolah pagi tu erk ?sumpah malu tau kena sembur macam tu pagi tu ! sabar jelah kan..mungkin silap aku juga dah berapa hari tak tegur dia dan tanya khabar padanya..= ='
cuaca pada hari ini sejuk sangat tau..hujan dari pagi sampai waktu balik sekolah..sementara tunggu hujan reda, kami(ayu,susi,hajar dan aku) pon relax-relax dikantin baru sambil online ..hehe :D tengah aku menikmati pemandangan sekeliling, aku terperasan ada orang tengah duk menenung aku dari arah jauh..ALAMAK,MALU LAH ! hihi :D 
1 Julai 2011 (Jumaat)
~firstly, nak ucapkan HAPPY BELATED BIRTHDAY to CikMirfaAmirah diatas ulangtahun hari lahirnya yang ke 17tahun :) may Allah bless you :) ILY ♥ ♥ ♥
selalunya pagi jumaat ada bacaan yassin tapi hari ini ada ceramah Israk Mikraj oleh ustaz Zulrahim Yusof didalam dewan :) best ! dah lama tak mengikuti satapan rohani sebegini :) penuh pengisian dan penghayatan yang mendalam :) tapi kan fokus aku terganggu bila aku nampak Ustaz Jazim dan En Mohd Fadzilah bergurau senda diluar dewan berdekatan tempat duduk aku..aishh,sebiji macam aku bergurau ngan ayu kat kelas..cikgu cikgu..kelakar lahh :D :D perangai kekadang macam pelajar-pelajarnya juga..hehe :D
2 Julai 2011 (Sabtu)
Larian 1Murid,1Sukan,1Malaysia telah diadakan serentak diseluruh negara(satu malaysia je lahh) ! aku,ayu,hajar,susi dan chela telah membuat perjanjian iaitu takkan tinggalkan antara satu sama lain semasa larian itu berlangsung..hehe :D sweet bleh tak bila kami nak dekat sampai sekolah kan..kami berjalan (orang berlari tapi kitorang syok je lenggang kangkung sampai sekolah..hehe) sambil berpimpin tangan lima orang (Ayu pegang tgn Hajar,Aku pegang tgn Hajar,Susi pegang tgn aku,Chela pegang tgn Susi) hinggalah ke garisan penamat ! haha :D apa-apapun awal juga tau kami sampai..dapat "kasturi 18" lagi...hihi ^_^ Johan Olahraga tahun ni disandang oleh Rumah Jebat diikuti Rumah Lekir, Rumah Kasturi, Rumah Nadim, Rumah Tuah dan Rumah Lekiu :) tahniah semua warga SMKTSNI ..we're the BEST !!! ~
3 Julai 2011 (Ahad)
~ dari pagi sampailah petang badanku tak berhenti melakukan kerja..lepas solat subuh dan mengaji, tolong mak dan abah lepas itu masak sampai pukul 11 pagi..kemas rumah yang dah macam tong pecah ni..:D lepas je kemas rumah,terus start buat homework yg sgt banyak ! tak tidur siang pon hari ini tau..ish ish ishh ! sandis ! hehe :D 
urm,dengan kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci,Mekah iaitu Puan Penasihat atau lebih dikenali sebagai Puan Alizah binti Hj Sha'ari dan sekeluarga :) semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air... semoga di permudahkan segala urusan beribadat di sanaa..
Amin ~ (Tuhan,perkenankanlah)..ustazah,semoga ustazah tenang disana dan lupakan sementara akan segala kerja ustazah di TSNI..i will miss you..:'( harap dapat jumpa ustazah lagi..insya Allah :') ~ 
okaylah..mahu sambung lagi separuh homework yang sedang menanti disiapkan segera :) sampai disini sahaja catitan aku untuk minggu ini di blog ku sayang :) 

menulis dari hati ; 
fazilah94 :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...