click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Monday, May 16, 2011

Ujian itu tanda Kasih Allah pd kita ;)

Assalamualaikum..maaf agak kelewatan mengupdate blog..dari semalam petang rasa nak update..
tapi...aku mencari dahulu seribu mcm kekuatan dalam diri ini utk terus tabah hdapi hari2 esok :')
Waktu berlalu pantas sperti berlari 100meter kan ? hehe :D

tapi antara waktu itu, ada cerita antara kisah kita..kisah suka @ duka..namun semua itu pasti akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita kan ? HIDUP TAK SELALUNYA INDAH,tp yang indah itu tetap akan hidup dalam kenangan kan ? apa yg aku mahu sampaikan..hidup ini umpama roda..kadang2 kita kat ATAS, kadang2 kita kat BAWAH..pengalaman yang lalu yg sukar utk aku hadapi mengajar aku lebih berdikari dan matang dlm menempuhi pelbagai ragam dan dugaan mendtang..perit kan ?tapi MANIS SGT bila Allah balasnya dengan seribu makna kesyukuran..:') Kemanisan disebalik kepahitan ....Bak kata org, manis macam madu ,pahit macam hempedu..example, makanan manis,ramai org suka..kalau pahit ,cuba sekali pasti takmahu lagi kan ? tapi mana boleh makan manis selalu..nanti dapat penyakit..oleh itu, dalam makanan kita mestilah ada pelbagai rasa,baru kita dapat MENIKMATI MKANAN dgn LEBIH berselera :') sama juga dengan kehidupan ini, hidup kita ini tak selalunya ceria..kadangkala ada masalah yang datang dalam hidup ini..ada rasa manis,masin,pahit,tawar,masam..dan mcm lagi rasa kan ? semua itu atas dasar diri kita..sama ada MAMPU atau TIDAK MAMPU utk menghadapi segala msalah itu dengan SEWARASNYA..
baca mutiara kata ini 
"Kadangkala Allah sengaja sembunyikan matahari,Dia turunkan hujan yang lebat sehingga hati tertanya-tanya ke mana hilangnya mentari ..rupa-rupanya Allah nak bagi pelangi yang cantik lagi INDAH.." 
Kuasa dan Kasih Allah siapa tahu kan ? ^_^ tak siapa tahu ,tak siapa mampu mendugaNya..kita sebagai manusia ini hanya mampu merancang saja,tapi SEGALANYA terletak di TANGAN ALLAH kerana Dia yg akan menentukan yg mana terbaik utk diberikan kpd hambaNya..sudah menjadi kebiasaan dalam diri aku, bagi aku..apa yang terjadi dalam hidup aku adalah kerana Allah ingin menguji aku dan seharusnya aku bersyukur dan redha menerima setiap ujian dengan penuh kesabaran ...KESABARAN KUNCI KEBAHAGIAAN...:')
semalam sebelum aku tidur utk lepaskan segala kepenatan selepas majlis HARI GURU..aku mohon pd Allah mengampunkan segala dosa2ku pd hari itu dan kuharap aku mampu berehat dengan hati dan jiwa yang tenang..lupakan masalah buat seketika dan tidur dgn LENA TANPA GANGGUAN..sangat NIKMAT right ;) apa yang aku cuba tegaskan disini..
jangan mudah menyerah tanpa bertarung terlebih dahulu...maksudnya..
sekiranya apa yang kita inginkan tidak dapat dikecapi..jangan terus berputus asa..tetapi bangkit dan berusaha dengan lebih gigih..Pasti kemanisan dan kebahagiaan selalu jadi milik kita..
Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..tapi hanya Allah saja tahu rahsia didalam dasarnya kan ?
begitu juga hidup kita ini..
jika rasa kecewa, pandanglah SUNGAI..airnya tetap mengalir biarpun berjuta baru menghalang..
jika rasa sedih, pandanglah ke langit..SEDARLAH BAHAWA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA..
walau apa yg terjadi..kita tak perlu takut dan risau kerana kita tidak keseorangan..kita masih ada Allah disisi kita..meskipon kita hilang org yg kita sayang :(
banyakkan berdoa dan seterusnya bertawakal ( serah diri semata2 kerana Nya) ..percaya dan yakin..akan ada jalan terbaik utk dilalui di kemudian hari..
SEBAIK-BAIK YG SEMPURNA..MASIH TERDAPAT KEKURANGAN DIDALAMNYA..itulah lumrah seorang manusia biasa ;) wallahuallam..
semua ini sekadar luahan dari hati aku dan motivate utk diri ini selepas bermuhasabah diri. .;)
assalamualaikum . . .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...