click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru !

Assalammualaikum...
Hari rabu hari tu 16 Mei kan kan ?? Tarikh yang sentiasa saya ingat sepanjang tahun.. tapi tahun ini takdapat sambut Hari Guru kat sekolah macam tahun-tahun lepas.. ssobsobs takdapat tengok Ustazah Alizah pakai baju apa.. takdapat tengok cikgu-cikgu sertai macam-macam pertandingan.. woww jelesnyaaa dekat budak-budak sekolah.. huhu >_<
Dalam hidup ini , tidak ada seorang pon yang dilahirkan tanpa guru.. Guru pertama saya ialah ibu bapa.. Merekalah guru pertama di dalam kehidupan kita.. Semoga ibu bapa kita diterima ke Syurga Allah tanpa hisab atas jasa-jasa dan pengorbanan mereka yang memang tak mampu kita balas.. Amin.. 
Selain itu, guru juga menjadi insan yang TIDAK PERNAH JEMU MENDIDIK dan MENGAJAR .. dan tanpa seorang insan seperti mereka mana mampu kita untuk menjadi manusia yang bermanfaat dan berilmu.. :') 
Dulu masa sekolah rendah, memang pada waktu itu kita jarang memahami apa itu PENGORBANAN SEORANG GURU.. *yelah masih budak hingusan lagi kan, huhu.. semakin berganjak ke sekolah menengah, saya mula menyedari betapa pentingnya insan bernama GURU.. saban hari, saya mengkagumi ketabahan dan keikhlasan mereka semua.. ya Allah, sungguh murni hati mereka.. saya sedar, adakalanya mereka terpaksa berkorban masa dengan keluarga demi memastikan anak didik mereka berjaya.. Subhana Allah ! ya Allah, Cekalkanlah hati mereka mendidik anak bangsa di zaman yang penuh dugaan ini.. Setiap tahun, pelbagai watak guru yang pernah kita jumpa kan, ada guru yang baik, ada guru yang garang dan ada guru yang memang taksuka dengan kita.. yes, saya pernah lalui itu semua..
Sepanjang 13tahun bergelar seorang pelajar, membuatkan golongan guru adalah orang yang paling saya rapat setiap masa.. Bila saya ada masalah, pada gurulah saya meminta nasihat.. Bila saya memerlukan bantuan, pada gurulah saya meminta petunjuk dan jalan.. belum lagi saya jumpa seorang guru yang "tidak sudi" untuk buat semua itu.. :') 
Guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita :') Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita.. Tanpa Guru, kita akan teraba-raba dalam kegelapan! Guru juga macam tongkat kepada orang buta.. Yes ! Kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanan mereka pada setiap masa..
Ingat ! Menghargai jasa guru bukanlah beerti kita memberi mereka hadiah yang besar dan mahal .. sebab apa yang guru kita inginkan sebenarnya kejayaan kita, kesopanan kita, sikap positif kita, penghormatan yang kita berikan dan keikhlasan hati ketika menghulurkan bantuan.. Mereka juga manusia yang takpernah lari daripada kesilapan.. Sesempurna mana mereka melaksanakan tanggungjawab mereka, mereka tetap macam kita.. yang punya hati dan perasaan.. Hargailah mereka ! Mereka ibarat ibu bapa kita .. 
TERIMA KASIH CIKGU ! 
SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh Malaysia.. !
Ustazah Alizah, Cg Ratna, Ustaz Jazim, Mr Mark, Cg Halidah, Cg Aidit, Cg Khairussalleh, Cg Fazley, Cg Hamka, Cg Fadzilah, Cg Roslinda, Cg Shamsila, Ustazah Marlina, Cg Suhailah, Cg Norzehan, Mama Zalilah, Cg Norazila Zainol terima kasih pernah sudi menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang hebat untuk saya :') 
Gonna miss youuuuu :( Thanks for you all have done for me.. 
Cikgu sekolah taski Al Ummah 15, Cikgu-cikgu Sekolah Keb. Majidi Bahru, Cikgu-cikgu Sekolah Agama Majidi bahru, Cikgu-cikgu Sek. Men. Tun Syed Nasir Ismail, Cikgu-cikgu sekolah memandu saya..
Selamat hari guru dan Terima kasih cikgu !!! :'D
Assalammualaikum w.b.t..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...