click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Wednesday, April 11, 2012

Tepuk Dada Tanya Iman

Assalammualaikum.. Apa khabar iman kalian hari ini ? 
urmm.. sorry saya takde mood nak buat post dalam subtitle English malam ini, huhuhu Kenapa hati dan iman saya hari ini ek ? Saya rasa kosong dan lain sangat malam ini.. Maybe i did something mistake.. 
Ya Malik ! Kuatkanlah diri ini.. 
Kadang-kadang sukar untuk kita fahami setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita kan.. Kadang-kadang kita terlupa menghargai pemberian orang pada kita.. Kadang-kadang kita silap dalam menafsir hati dan sikap seseorang.. Kerapkali juga kita terpukau dengan pandangan nafsu yang terburu-buru dalam mengejar sesuatu.. 
Sampai kadang-kadang kita juga menafikan yang hak dan menegakkan yang batil.. Ini disebabkan matlamat dunia lebih utama daripada matlamat kita di akhirat sana.. ya Robbi ! alpanya hambaMu ini !!! Hari-hari terus berlalu.. pelbagai rencah kehidupan dilalui dengan pelbagai emosi ciptaan Yang Maha Suci dan Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.. Sememangnya diri ini hanyalah insan yang lemah lagi daif :/ Kebenaran masa kini sering kali dinafikan, seolah-olah manusia sudah lupa bahawa ada sesuatu yang lebih utama.. Dan kita kadangkala tak pernah endah beratnya Al-Mizan kerana kebajikan atau kemungkaran nanti..
Saya selalu melihat kehidupan ini sebagai suatu perjalanan yang semuanya adalah ujian daripada Allah s.w.t..
Tetapi hati ini selalu rebah dalam menempuh ujianNya.. Tak cukup kuat.. selalu emosional.. selalu mahu bertindak mengikut hawa nafsu.. selalu sedih.. selalu rasa tiada siapa akan paham beban perasaan ini.. :/
Urmm.. Ada orang pernah pesan bila sesuatu yang membahagiakan, kita gembira.. Bila sesuatu yang menyedihkan, kita sedih (menangis) NAMUN perlu sentiasa dalam keadaan kesederhanaan :') 
Semua yang terjadi itu ujian.. Malah ujian yang kita terima itu untuk uji sejauh mana iman kita mampu hadapi semua ini.. Sama ada kita akan tangani dengan kata nafsu atau berpandukan yang hak(Al Quran dan Sunnah).. Kalau nak mudah, mungkin pandang sebelah mata semua ujian ini iaitu tanganinya dengan nafsu.. Memberontak, Marah, Maki dan lain-lain.. ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat-sifat mazmumah..
So tepuklah dada tanyalah iman diri masing-masing tapi jangan tanya Aiman sebab Aiman memang tak kisah.. peace(Y).. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Semoga kita sentiasa dilindungi Illahi dalam apa jua keadaan.. 
Assalammualaikum ya sahabat.. Selamat malam :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...