click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Tuesday, December 13, 2011

SPM sudah berakhir :')

Assalamualaikum..Hai all :) Saya sudah menjadi budak lepasan SPM tau :) Saya sudah layak digelar Bekas Pelajar TSNI *ini fakta yg sukar utk aku telan :(..sedihnyaaaa lepas ini dah takdapat nak pergi sekolah hari-hari..takdapat nak tengok Ustazah Alizah selalu..takdapat nak gosip hari-hari dengan geng Hi5..takdapat nak nyanyi depan budak-budak kat Perhimpunan setiap Isnin..takdapat nak jadi Senior kat TSNI..hihi..semua lah ! saya yakin saya akan rindu semua kenangan yang pernah saya lalui sepanjang 11 tahun sebagai seorang pelajar dan murid..opss lupa lagi 2tahun tambahan menjadi budak tadika..hihi xD 

Gonna miss you ,SMKTSNI :'(
Urmm..sepanjang SPM apa yang berlaku ek ? uhhh ! bukan mudah nak berjaya tau.. tapi syukurlah saya mampu juga menghadapi liku-liku sepanjang sebulan sebagai calon SPM2011 :') macam-macam perasaan akan kita lalui bila menjadi calon SPM.. cemburu tengok orang pi wayang tengok Filem Ombak Rindu, jealous tengok orang lain cuti tapi kita kena pergi sekolah, semua lah.. hari-hari makan hati je tengok orang yang tak ambil SPM dan habis SPM cepat.. takpe itu semua pembakar semangat dan lemak aku.. hehe :D So sekarang banyak plan yang akan saya mulakan operasinya mulai esok.. WAHHH, rasa teruja gila bila dapat tengok TV tanpa had, dapat online tanpa gangguan, dapat baca novel hari-hari, dapat meseg setiap hari..hehehe :D memang masyuk lah ! lepas ini, kena pikir camne nak cari duit ? nak kerja kat mana ek ? huhu..nak kahwin lagi..HAHA *okay, nanti ada orang cakap aku meroyan pulak.. HAHA.. cerita kahwin tu lagi 7tahun k.. relax-relax, takkan lari gunung yang dikejar..hehehe :D *merepek je ! So esok, Jom kita meriahkan City Square ! Dah lama ini kaki tak jejak ke itu "Bandar Petak"..hehe..okaylah, nanti kalau rajin saya update ceritakan suasana SPM saya ek :) daaa ~ bye semua.. Assalamualaikum :)

p/s : saya dah single..dah break off dengan Abang SPM.. Abang, jangan ganggu saya lagi ek *geli je :P saya harap keputusan "mahkamah" bulan 3 nanti akan memberikan keputusan yang saksama dan adil buat saya dan orang-orang yang saya sayang.. harap Abang bahagia lepas ini dengan orang baru pulak ye..HAHAHAHA :D Goodbye SPM !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...