click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Sunday, December 18, 2011

rumusan novel 7hari Mencintaiku :')

Assalamualaikum.. sorry menyepi untuk beberapa hari.. 
Hai , urm hari ini saya nak buat rumusan dan berkongsi sedikit tentang Novel 7 Hari Mencintaiku.. karya Siti Rosmizah tak pernah mengecewakan.. novel ini novel yang paling tebal pernah aku baca.. mempunyai muka surat sebanyak 1078.. novel ini mengisahkan Khuzairi yang Kebahagiaannya hanya ada pada Mia Adriana.. seorang wanita yang sombong dan angkuh.. tidak pernah sekelumit pon rasa dihati Khuzairi untuk memiliki wanita secantik Mia Adriana.. tetapi Kuasa Allah siapa tahu ? dalam terpaksa dan kecewa Mia Adriana menjadi isteri kepada Khuzairi yang merupakan seorang pengembala kambing dan Doktor :) macamne dorang(Mia dan Khuzairi) boleh bernikah ? pada hari pernikahan Mia Adriana, Khalil tunangnya itu telah pergi ke luar negara untuk menikahi perempuan lain semata-mata kerana Kemewahan dan Arahan ayahnya.. so Dato' Megat Idrus merasa tertekan dan menghadapi serangan jantung meminta permintaan terakhir daripada anaknya supaya mendengar arahannya untuk menikahi Khuzairi.. *kira macam kahwin paksa juga ler, tapi tidak pada Khuzairi.. sebab dia sudah mula jatuh cinta pada Mia Adriana sejak dia dibangku sekolah lagi.. Khuzairi memang seorang yang penyabar.. respek gila kat dia.. sentiasa sabar dan setia melayan kerenah isterinya yang supermanja tu.. Mak Leha adalah mak tiri Khuzairi dan mak kandung Helmi, adik ipar Mia Adriana..si Helmi memang anak tak sedar dek untung lah.. tak kerja dan bergantung harap pada abang longnya, Khuzairi.. tapi sejahat-jahat Helmi, Mak Leha selalu membelanya.. seorang ibu kan ? hebat sungguh rasa kasih sayangnya pada seorang anak.. dalam novel ini banyak yang menekankan tentang ketulusan hati seorang ibu.. walaupon Husin pernah membuang emaknya tetapi Mak Limah tak mahu anaknya dimasukkan penjara diatas kesalahan pecah amanahnya.. walaupon Puan Roziah hanya ibu tiri Mia Adriana tetapi kasihnya terlalu telus untuk anaknya itu.. walaupon Mak Andak sudah kehilangan Rahayu hampir 12 tahun tetapi kasihnya tetap untuh untuk anaknya itu..walaupon Mia Adriana pernah kata Alisa Ariana sebagai beban dalam hidupnya dulu tetapi itulah penawar jantung dan kekuatan semangatnya untuk Mia terus tabah :') Sebagai manusia , semua orang pernah buat silap.. tetapi sebaik-baik manusia ialah manusia yang mengakui kesilapan dirinya dan kembali ke pangkal jalan :) Buntat telah menyelamatkan hidup Mia, dan itu merupakan titik permulaan merubah Mia Adriana yang angkuh itu.. disebabkan kekesalan meninggalkan suami dan anaknya, Mia kembali ke kampung untuk meraih cinta Khuzairi kembali.. dengan permintaan Mia Adriana kepada Khuzairi untuk 7hari mencintaiku Mia Adriana menggunakan masanya dengan sebaik mungkin.. Khuzairi sangat kecewa dan menjadi lelaki hikpokit kerana terlalu mengikut keinginan emaknya bermenantukan Syakila pada hakikatnya Khuzairi masih menyayangi isterinya itu dan Khuzairi tulis dalam diarinya.."cinta abang pada Mia bukan hanya untuk 7Hari je Mia tetapi untuk sepanjang hayat abang..cinta abang untuk Mia takboleh dihadkan oleh masa"..alololo sweetnya..okay itu je lah yang mampu aku simpulkan untuk novel 7Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah :) nak tahu lebih lanjut ? bacalah sendiri :P siapa belum baca, baca tau.. karya Siti Rosmizah memang best ! tangkap leleh gitu.. tapi taklah macam novel Andai itu takdirnya..meleleh-leleh..hehe xD
Awesome !
okay byeee.. i miss you teachers :'( i miss you, Hi5 :'( i miss you,Superhero :'( i miss you guys :'( eh saya rindu lahhh !! 
Assalamualaikummm -_-

p/s : siapa ada novel-novel tu ? share lah ye..sharing is caring xP hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...