click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Sunday, November 6, 2011

Hari Raya Korban :)

Assalamualaikum ..
hai bloggers ! hai stalkers ! hai semua :)
banyak ni nak cerita..huhu..tapi untuk pengetahuan semua..SPM saya lagi seminggu je..tahu tak seminggu tu berapa hari ? 7 Hari ! tahu tak 7 hari tu berapa jam ? 168 Jam je..rasanya itu adalah satu jangka masa yang sangat singkat..wa memang nervous gila bila sebut pasal SPM..takut sangat ! huhu..ya Allah, aku mohon ketenangan untuk aku menghadapi SPM ku ini..
aku update ini mahu bercerita sikit tentang Hari Raya Korban ku tahun ini..tahun ini cuti Raya Korban hanya 3hari je..tu pon macam 2hari je cuti..semalam ada kelas addmath sampai pukul 12 tengah hari pastu balik rumah terus siap-siap untuk pergi Jamuan MPP pukul 2petang dekat restoran Asiana,Danga Bay..balik dari Danga Bay je baru nak masuk rumah dan dapat arahan kena tolong masak kat dapur..adoii..memang gua takde rasa tilam ah semalam..hoho..satu malam gua masak dan duduk kat dapur..naik kejung kaki sebab terlalu penat banyak berjalan dan berdiri semalam..satu badan lah penat,pakej gitu..pinggang sakit, kepala sakit, kaki sakit..kata orang, inilah raya Korban memerlukan banyak pengorbanan..==' harap aku dapat belajar lebih lagi tentang pengorbanan..tapi disebabkan tak tidur seharian malam tadi..aku pon lepas siap kemas dan selesai uruskan segala lauk pauk sampai pukul 11 lebih..gua pon "ghaib" sampai petang..pukul 3 petang baru sedar dan cepat-cepat solat zuhur takut terlambat pastu tertidur balik..hehe :D harap-harap taklah demam ke apa..nak Exam ni ! ya Allah, aku mohon kesihatan yang baik dan kecergasan mental dan fizikal untuk aku menghadapi SPM..Amin ~ doakan saya ye semua !
Apa makna pengorbanan bagi korang ?
bagi aku untuk tahun ini ialah aku rela berkorban apa sahaja Demi menjaga Maruah Diri, Keluarga dan Agama aku..semakin aku mahu berganjak ke usia dewasa semakin banyak ranjau kehidupan yang aku kena tempuhi..aku harap sangat Iman dan Takwa aku sentiasa membantu aku terus menjaga maruah diri ini..Amin ~ 

p/s : tadi tengok jemaah haji yg dekat Tanah Suci kat TV..

sedihnya kalau impian nak ke sana tak kesampaian..nak sangat menangis depan Kaabah sambil berdoa..sekali seumur hidup pon jadi lah janji aku dapat rasa pergi sana..Ya Allah, Murahkan lah rezeki ku..permudahkanlah urusanku ke sana..aku sanggup ikat perut kalau itu cara terbaik..:/ takpelah kalau takdapat ambil lesen kereta dan motor lepas SPM..huhu..

akhir kata, Saya mohon ampun dan maaf kalau sepanjang saya berblogging di sini ada yang terasa hati dan tersinggung dengan catitan saya di blog ini..Mohon Ampun dan Maaf Luar dan Dalam..dan doakan saya sentiasa tenang sepanjang menghadapi SPM selama sebulan ini :) bye Blog , Facebook dan Yahoo Massenger..saya pergi sebulan je taklama pon..daaa ~
Assalamualaikum..*jangan rindu saya tauu..haha :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...