click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Thursday, September 22, 2011

Raya Sakan :D

Assalamualaikum...:D :D :D
Hai semua..Salam Satu Malaysia..Dengan cuaca yang kerap hujan lately ni, pasti ada diantara korang yang tengah diserang demam, selsema dan so on lah kan ? den pon asyikk sakit kepalo akhir-akhir ni..aduhaiii..>_< tapi sakit tu kan penghapus dosa kecil kan..takpelah kena Chill je lah kan ? :D okaylah, Minggu lepas kan aku telah beraya sakan bersama-sama teman tersayang..tapi hari Jumaat dan Ahad cik Ayu tak dapat join bersama pulak..huhu..kalau tak dah complete 5orang..takpelah, tiada rezeki lah tu kan ? :) Jom Jom mari aku cerita tentang cuti 3hari yang lepas sempena Hari Malaysia telah aku manfaatkan sepenuhnya dengan Beraya Sakan..hihi :D Raya VS Trial SPM :D dasyat dasyat ! hihi
~ Hari JUMAAT, 16 September 2011 :) ~
pagi itu, lepas solat subuh aku pon buka tv3..perghh rasa bangga sangat jadi Anak Malaysia..bangga dengan kemerdekaan negara kali ke 54..menyelinap rasa bersyukur sebab ada IC yang tertulis bahawa aku Warganegara Malaysia..walawehh..Alhamdulillah :')
lawah kan ? kreatif lah rakyat Malaysia :D
Mula-mula plan hari ini, rumah cikgu Fazley dan Diana..tapi tak jadi pulak rumah Diana..Alang-alang dah dapat beraya tu kitorang pon plan nak pi rumah cikgu-cikgu yang lain..Susi meseg Ustaz Jazim, Ustaz Jazim on je tapi ustaz kata pukul 4 petang baru dia ada kat rumah..so Lepas zuhur, baru kitorang (Aku, Hajar, Susiana dan Chela) gerak dari rumah ke rumah Cikgu Fazley Salleh..perghh ! cikgu Fazley dan cikgu Nurul masak Nasi Ayam dan Mee Goreng..perghh SEDAAAP ! kitorang lah Tetamu Pertama yang sampai rumah cikgu tau..hehe..saja je datang awal dapat tolong cikgu fazley sikit-sikit..kitorang tolong buat Air Sarsi dan aku tolong cuci beras..:) tapiiii sayang sangat sebab tak sempat pon nak ambil gambar dengan cikgu..huhu..pukul 3petang mak aihh ramainya yang pi rumah cikgu..penuh rumah cikgu Fazley..cikgu-cikgu Tsni ramai yang datang..antaranya, Ustaz Jazim skeluarga, Cikgu Aidit, Puan Ratna, Cik Atiyah, Mr.Mark, TokLeh dan ramai lagi lah :) setelah rasa sudah agak lama kami di rumah Cikgu fazley kitorang pon beredar..ramai sangat cikgu yang "sudi" nak hantar kitorang balik..hehe..Terima Kasih ye Cikgu Aidit yang mahu hantar kitorang balik tapi Sayang sebab ustaz Jazim yang nak sangat hantar kami sekali ,kan kami nak beraya rumahnya..so satu jalan je lah ,ni mahu lagi tumpang cikgu lain..kihkihkih :D nasib baiklah kereta Ustaz besar kalau tak mampuihh kami..hehe..masa dalam kereta,anak ustaz, Mukhlis dan Muhsin mak aihhh "baiknya" dorang..bayangkan dorang buat kereta Exora tu macam "rumah"..pening kepala aku layan dorang dalam kereta..huhu Anyway Thanks A Lot pada Ustaz Jazim dan Cikgu Liza diatas kesudian menerima kami sebagai tetamu petang tu..heee :D 



Muka "copypaste" Ustaz Jazim betullah si Mukhlis ni..bila dia senyum sebiji macam Ustaz..:)

alololo..comelnya Muhsin senyum :D

Alolololo..comelnya Ustaz senyum..susah betul nak tengok ustaz senyum time bergambar,huhu :P
~Hari Sabtu, 17 September 2011~
Lepas budak-budak kelas beraya kat rumah aku..aku pon join dorang beraya rumah Hidayat ,Farah dan Diana..seronok lah bila dapat beraya ramai-ramai ni..jalan kaki ramai-ramai..macam orang nak pi collect pon ada juga..hehe..jom follow the picca :)
kalian Terhangat di Pasaran ! Mercik ! hehe :P

dorang nak gi collect aww..tak malu kan ? :P


a part boys of 5UKM :)

~hari AHAD, 18 September 2011 ~
rumah pertama yang kami pergi hari ini ialah Rumah Cikgu Rosmizawati...cikgu masak Mee Tomyam..Sedaapp..:) kesian cikgu duduk rumah dengan anak dia yang kecil je..huhu..Maaflah cikgu jika kehadiran kami menyusahkan cikgu je..huhu..Terima kasih ye cikgu :)
tanpa AYU..huhu

a Part of 5UKM :)

senang ar dorang naik motor..yang kami ni si gadis-gadis hanya berjalan kaki dan bas sahaja..hampehh tul :P

comel kan anak cikgu Rosmiza ? putih suci debu gitu..hehe :D

lepas pi rumah cikgu kami kerumah Ikin budak 5UKM..sekejap je pergi rumah Ikin..Dah nak masuk waktu Zuhur gitu, Ustaz Shahrol pon datang ambil kami = budak perempuan ini ke rumahnya :) Masa kat rumah ustaz kan..seronok sangat sebab budak perempuan tolong ustazah Hafizoh masa :) Ustazah masak Nasi Arab..marvellous gitu :D jom tengok aku tolong ustazah Hafizoh masak kat dapur..:) cikgu Azila ada comment kat facebook "boleh jadi menantu ni" hehehe :D

saya menggoreng ayam..hajar menggoreng wedges..saya lagi power..haha :D



Marhaban ya Marhaban :)


Amar, Son's En Mohd Shahrol

Terima Kasih Ustaz Shahrol dan Ustazah Hafizoh :)


sweet couple in SMK TSNI :)
Lepas pi rumah ustaz kami pon berangkat ke rumah Cikgu Mohd Fadzilah :) cikgu Fadz tertidur tunggu kami datang..sorry ye cikgu..kami lambat 1/2 jam..huhu 

si Aliff kaki kepoh di 5UKM..ada saja idea lawaknya :D

bergambar kenangan bersama Cikgu Addmath dan Cikgu Hasanah :)

anak cikgu Fadz nangis gara-gara Susi..hehe :D

gaya kebapaan yang prihatin :)

Alahai bermanja dengan ayah ekk :)

gaya ke"dato' " an cikgu Fadz :) hihi
comel kan Ehsan ? :)
kami balik rumah cikgu dalam pukul 5:30 petang gitu..cikgu hantar sampai Maslee Setia Indah..mula-mula ingat nak balik naik bas..tapi aku ada meseg Abang Saril tanya dia kat mana..tup tup dia volunteer nak ambil kat Setia Indah ni..apalagi..orang kata rezeki jangan ditolak..:) hihi :D baiklah itu lah kisah "Raya Sakan" ku..panjang kan ? terpulang lah..jemput baca ye :) walaupon exam belum habis..aktiviti menziarahi tetap berjaya dilaksanakan..hehe :D Alhamdulillah..semoga tahun depan dapat menziarahi rumah cikgu-cikgu macam ini lagi..:)
Assalamualaikum w.b.t :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...