click click :)

ya Allah :)

;) terima kasih

Monday, August 29, 2011

Persiapan Hari Raya 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
apa khabar orang kampung ? hihi
hai semua.. Alhamdulillah..aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi diatas kesempatan rahmat dipanjangkan umur sekali lagi aku menyambut Aidilfitri pada tahun ini..walaupun tak semeriah dan seindah tahun-tahun yang lalu..aku bersyukur sangat tahun ni..bagi aku,tahun ni tahun yang penuh dengan kesyahduan..tadi dengar takbir Raya..ya Allah, syahdu sangat..:') tak sangka Ramadhan kali ini berlalu dengan cepatnya..Ramadhan kali ini benar-benar mendewasakan aku..pelbagai ujian yang memerlukan ketabahan yang tinggi banyak sangat berlaku pada bulan Ramadhan tahun ni..Ramadhan, sesungguhnya kau telah mendewasakan dan menyempurnakan hidupku kali ini..Tuhan, terima kasih sentiasa memberi aku secebis kekuatan untuk tetap tabah melayari kehidupan ini,, :') sangat BERSYUKUR ya ALLAH :')
baiklah kita mulakan cerita dengan PERSIAPAN raya aku kali ini..
persiapan tahun ini terlalu sederhana dan ala kadar je..buat cukup syarat gitu je..huhu
disebabkan Raya cuma Setahun Sekali persiapan mestilah ada kan ? semua orang mahukan yang sempurna dan terbaik kan..:) so walau sibuk macam mana pon aku..persiapan Raya tetap berjalan..hari yang sangat sibuk utk aku setting utk raya ialah hari Ahad dan Isnin ..
hari Ahad..
pepagi lagi lepas solat subuh, dah kena bersihkan rumah dan pasang langsir..salah satu kemalasan aku yg terlampau ialah Memasang Langsir.. aishh surrender gila kalau bab-bab macam ni...aduhaiii..tapi buat jugaklah walaupon aku pasang langsir senget lah apalah..yang penting langsir rumah bertukar colour, ye tak ? hihi :D
Lepas beres semua kerja-kerja ni, sekitar pukul 12 tengah hari..aku pon pergi dapur..(bukan mengular cari makanan atau minuman ye,saya PUASA tauu :P) ,aku pon tengok barang-barang buat kuih Raya masih ada lagi banyak.. so selepas mengukur tahap tenaga aku, aku pon gagahi diri ini untuk membuat dua tiga jenis kuih raya..dapat lah 3jenis kuih Raya..iaitu Biskut Nestum, Biskut Quaker Oat dan CornFlakes Madu..:)
*tak sempat nak ambil gambar kuih-kuih ni ler..
petangnya, masak ala-ala kadar je..janji perut kenyang sudah..sebab badan letih gila hari tu..
sebelah malam pulak, lepas solat terawih yg terakhir pada tahun ni..ishh sedihnyaaa cakap pasal terakhir2 ni >_< aku dan abang aku yang no.2 memulakan operasi buat kek Raya pulak..hehe..akhirnya tercapai juga hasrat aku nak belajar buat kek ! dapatlah dalam 4biji kek..2 perisa vanilla dan 2 lagi perisa milo :)
kenapa dah tinggal separuh ?? ni hah 4org bodyguard aku a.k.a abang2 aku dah membedal je dulu..aishh..



then, gosok baju Raya satu family..mak aihh ! banyak seh..sakit pinggang lah ! huhu..pukul 12 malam gitu..tengah-tengah menganyam ketupat..
mata pon terlelap pada jam sekitar 3pagi..-_-
hari Isnin,sehari sebelum 1Syawal..:)
mata ni terbuka pukul 6:30 pagi..mak aihh tak sempat sahur..DUGAAN DUGAAN ! =='
 bangun terus mandi dan solat..pastu tolong isi ketupat..pastu relax-relax kejap..then pukul 10pagi START lah potong-potong bahan untuk memasak..pukul 12:30 tengah hari gitu baru start memasak..
sibuk dan sibuk sehingga lah pukul 5petang..semuanya selesai..ketupat siap masak,lauk pauk pon siap..
mesti ada yg tertanya kan..kenapa saya masak terlalu awal..FYI, memang sudah menjadi kelaziman masak petang nak raya mcm ni..sebab esok pepagi lepas subuh dah kena bertolak balik kampung ! :)
gambar ni aku ambil pukul 12 malam tadi..petang tadi taksempat nak ambil..so lauk pauk itu je yang tinggal..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya tak lah membazir..cukuplah ni untuk makan sekluarga esok pagi :)
sempat jugak hantar sikit juadah ni kat sahabat-sahabat tersayang iaitu Cik Ayu, Hajar, Susi dan Ruhaila..harap-harap dorang tak lah cirit birit ke apa makan masakan aku ni ye..hehe :D
guys, Selamat Hari Raya :) muah LoveYou :)
okaylah..jam dah pukul 2pagi..esok lepas subuh dah kena bertolak balik kampung..mak aihh ==' 
okahlah bye...
SALAM AIDILFITRI 1432H dan MAAF ZAHIR DAN BATIN dari Saya Sekeluarga..
nanti i update lagi ye..hehe..byeee :)
Assalamualaikum :)
p/s : so lepas ni FOKUS utk TRIAL SPM ! guys, doakan saya ye ! utk kawan-kawan semua : GOODLUCK..ingat biarlah SPM kte tahun ni adalah yg pertama dan terakhir dalam hidup kita..pastikan buat yang Terhabis BAIK ! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...